Status
We struggle to find someone that understands us but we forgot that Allah is always there to listen and understand us. Right? Right. =')
►..MeNiTi KeHiDuPan KeranaNya..◄: Kerana Sayang.

Entry About Shout Friends Follow Dashboard


  • Assalamualaikum..ツ Ahlan Wasahlan.. !


Coretan Hati

The Author



Sila Tinggalkan Jejak Anda Di sini

Pena Tintaku

Popular Posts

Contact Me

credits
22:17 | 9 Comment(s)

Saturday 3 May 2014 ,22:17

Bismillahirrahmanirrahim. 

Blog berhabuk. Idea bersarang. Homework berlambak. Buku memanggil. Tapi itu bukan alasan untuk tinggalkan medan dakwah. Okay. Straight to the point!
Kerana sayang? Ya. Kerana sayang kami menegur.

["tak payah nak tegur2 boleh tak? macam lah PERFECT sgt"]

Tettt..Perfect?haihh..Takkan nak tunggu jadi perfect baru boleh tegur kot?

Aku berpegang pada kata-kata Imam Hasan Al- Basri mengenai isu ini.


''Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yang terbaik dalam kalangan kamu. Bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan jadi sikitlah orang yang memberi peringatan.”

Memang tiada istilah perfect dalam diri manusialah. Kalut apa? Allah S.W.T sendiri dah nyatakan dalam Al-Quran yang manusia ni sifatnya memang tak perfect; pelupa, lalai, kurang bersyukur dan banyak lagi.

Aku hairan melihat segelintir manusia yang mudah sgt melenting pabila ditegur. 

Tidak boleh ditegur. Bila ditegur mulalah nak melenting dan mengutuk sedangkan apa yang ditegur mungkin demi kebaikan. Kenapa sukar untuk menerima teguran? Alasannya.."Manusia itu tidak sempurna.." Memang benar. Tapi please refer balik kata-kata imam Hasan Al-Basri di atas. Dan ingat juga kita ni pun bukan sempurna untuk tidak boleh menerima teguran orang. Cubalah berlapang dada dan muhasabah diri kembali. Fikirkan dahulu rasionalnya teguran tersebut sebelum bertindak balas.

Ini tidak. Lepas ditegur, mulalah berkecil hati. Mulalah bersikap dingin dengan si penegur. Hailaa2..-_-' Tak dinafikan, memang SUKAR untuk menerima teguran dan SAKIT bila kena tegur tuh. Mungkin akan ada yang berkata, 'alaaaa..kau tak kena, senang la kau cakap..' Tak.. Diri ini juga pernah merasainya.. and I admit it. SAKIT wooo..Macam kena BAZOOKA kat diri sendiri.. But somehow, terimalah ia dengan hati yang terbuka.

Awak.. Awak pernah dengar tak "MENGECILKAN hati orang adalah berdosa, BERKECIL hati juga adalah berdosa, tetapi lebih besar dosanya jika kita BERKECIL hati.."

Means.. Jika seseorang hina kita, dia berdosa. Jika kita terasa hati dengan penghinaan dia, kita juga berdosa. Tetapi, dosa kita lebih besar daripada dia.

["Aikk..Kenapa plak? Kita x buat apa2 pun.."]

Kerana orang yang menghina kita itu adalah peringatan daripada AllahKenapa kita dihina oleh orang tu? Kerana itu adalah ujian daripada Allah. Kenapa Allah hadiahkan kita ujian itu? Kerana DIA nak mengingatkan diri kita yang dah LEKA sgt dengan dunia. Bila kita berkecil hati dengan orang tersebut, bermakna kita TAK REDHA dengan ujian yang Allah turunkan. Sekali lagi, TAK REDHA!!

Kesimpulannya, kita bukan kecil hati dengan orang, tapi kecil hati dengan Allah. Lagi parah bila kita pun cerita pada kawan2 kita... 'Dia dah banyak buat macam ni, macam tu..' dan sebagainya. Dan kawan-kawan kita pula akan cerita pada kawan-kawan lain... 'Kesian kawan kita tu, budak tu dah banyak sakitkan hati dia..' jadi keredhaan kita terhadap ujian Allah tu akan lesap..

So, jangan mudah terasa hati dengan setiap teguran yang diterima.. Kalau kita terasa hati, Maknanya kita tak redha dengan takdir Allah. Nanti Allah pun tak redha dengan kita... Na'uzubillahiminzalik..

Tabarakallah.. 

Adakalanya kita yang hanya insan ni lebih cepat terasa..sikit2 nak terasa asbab dari perbuatan orang pada kita..sedar x sedar, mereka yang hadir itupun dengan izin Allah. Allah nak uji kita... Allah nak tegur dan beri peringatan pada kita... kalau nak ikutkan 'TERASA' mungkin Allah lagi banyak terasa dengan kita asbab perilaku kita yang teruk.. tapi Allah masih nak bagi peringatan pada kita supaya kita sedar dan masih bagi kita pelbagai nikmat...Allahu..='(


Berlapang dada dan terimalah apabila kena tegur. Even Saidina Umar pown pernah kena tegur. Tapi apa yg beliau lakukan? Mehh.. Baca nih. Suatu hari, seorang peminum arak menegur sesuatu kepada Saidina Umar dan khalifah dengan berlapang dada menerima teguran itu.

Orang yang melihat keadaan itu berasa pelik dan hairan lalu bertanya kepada Khalifah: “Wahai Amirul Mukminin, kenapakah tuan menerima teguran dia, sedangkan dia peminum arak? Saidina Umar menjawab: "Ya, dia berdosa kerana meminum arak tetapi tegurannya kepadaku adalah benar.”

See? 'BERLAPANG DADA MENERIMA TEGURAN' Yes. That's the keyword. 

And again! Awat anti sgt dengan teguran nih. Kenapa? Tak boleh menegur ke? Dosa?

Rasulullah SAW bersabda: “Tiga perbuatan yang sangat baik, iaitu berzikir kepada Allah SWT dalam segala situasi, saling menyedarkan antara satu sama lain dan mengasihi saudaranya (yang memerlukan).” (Riwayat al-Dailami)  


Kenapa perlu menegur? Kerana teguran itu amat perlu untuk menyedarkan kita tentang apa yang sudah diperbuat. Yang silap ditegur, secara berhemah. Bukan bertumbuk, bertampar, menengking & etc. Sabda Rasulullah S.A.W: Seorang yang beriman itu adalah cermin bagi saudaranya. Menegur kerana sayangkan awk, tak sanggup biarkan awk accumulate dosa. Dan sudah pastinya menegur itu untuk ingatkan diri si penegur juga.

Kerana telinga yang paling dekat dengan mulut yang berkata-kata adalah telinga sendiri.!

Teringat kata seorang ustaz, "Hakikatnya, memang ada yang tidak suka kepada teguran kerana dalam diri manusia itu memiliki benih kesombongan dan keangkuhan. Biasanya manusia yang merendah diri dan mengakui kelemahan diri lebih mudah menerima teguran."

Kenapa terlalu ego, sombong? Tak boleh terima? Nak tunggu sampai turun ayat Al-Quran untuk menegur kita? Contoh: Wahai Si Fulan, berhentilah kamu daripada berzina, merokok & etc Macam tuh? Awak sendiri pun sedar dan akui tentang kesilapan awak. Kerana awk layak ditegurlah awk ditegur! Kerana awk disayangi dan saudara yang menegur mahukan yang terbaik untuk awk. Bersyukurlah bila masih ada yang menegur, maknanya apa yang kita buat masih dalam pandangan mata kasar orang lain, dan menegur kerana apa yang dibuat dilihat tidak manis.

Alhamdulillah, masih ada yang prihatin.


"Beruntunglah mereka yang ditegur demi kebaikan yang tidak mereka sedar. Allah telah menghantar seseorang untuk menegur. Jika dia menerima teguran dengan hati yang redha dan bersangka baik, maka Allah akan lapangkan dadanya dan memasukkan taufiq dan hidayahNya. InsyaAllah..

Adapun, jika dia berpaling dari teguran dan kemudian memarahi orang yang menegurnya, dikhuatiri Allah menggelapkan hatinya yang semakin/ sudah mati.

Nauzubillahiminzalik...




Dan pesanan buat para penegur, please.. Refer balik adab menegur yang dianjurkan dalam Islam; bijaksana, lemah lembut dan berstrategi

Sesiapa antara kamu yang melihat satu kemungkaran, maka ubahlah ia dengan tangan, sekiranya tidak mampu maka ubahlah dengan lidah, sekiranya tidak mampu ubahlah dengan hati (membenci kemungkaran tersebut) dan itu selemah-lemah iman.” (hadis Muslim)

Kalau hangpa mampu nak tegur dengan lidah (bicara), tegurlah. Yang penting, kena berhikmah

Tapi, jangan sampai memalukan yang ditegur. Jangan tegur dia depan orang ramai. Itu bukan menegur namanya. Tapi membuka aib dia. 

Kita tegur orang, motifnya bukan untuk memalukan apatah lagi menjatuhkan. "Sometimes it’s not about what we say but how we say it."

Memaki hamun orang. Mengherdik. Mencaci. and at the end, you said you are DA'IE.. DAIE ke tu?tetttt...Sorry to say. Tepuk dada tanya IMAN.!


Golongan pendakwah hari ini pantas mengaku mereka adalah pewaris sunnah nabi. Hakikatnya mereka tidak begitu. Dakwah mereka kasar dan melukakan hati. Mereka tidak boleh diteguri. Merasa sentiasa benar. Orang lain semuanya masuk neraka. Hanya kelompok mereka yang dijamin syurga.  Allah ya Allah.. Itu bukan akhlak nabi dalam berdakwah.
Nabi tidak membuang pesalah sebaliknya mendekati. Nabi kasihkan orang yang ingin berubah bukan membenci. Nabi tidak melangkaui kerja tuhan. Menentukan siapa syurga siapa neraka.
Saya dan kita berlindung dengan Allah daripada bersikap begitu. Kita mahu mengajak manusia seperti yang dianjurkan Allah dalam firmanNya.
“Serulah (manusia) kepada jalan Tuhan-mu dengan hikmah dan pelajaran yang baik dan bantahlah mereka dengan cara yang baik. Sesungguhnya Tuhanmu dialah yang lebih mengetahui tentang siapa yang tersesat dari jalan-Nya dan dialah yang lebih mengetahui orang-orang yang mendapat petunjuk.” Terjemahan surah An-Nahl ayat 25.


Bila jadi daie, bila kita tegur orang, itu bukan bermaksud kita ini perfect. Never! 

Itu bukan aim kita berdakwah. Kita berdakwah, menyambung perjuangan Rasulullah dalam menyebar risalah suci. Bukan sebab nak nampak perfect. 

Kita, khalifah! Kita, daie! Kita hamba! 

Bila kita tegur orang, macam-macam respon yang kita dapat. 

["Kau bising kenapa. Mak bapak aku tak bising pun".]

["Suka hatilah. Nak buat maksiat ke dosa ke. Kubur masing-masinglah, kawan!".]

["Kau tak payah nak bajet alimlah! Macamlah kau tak pernah buat dosa".] 

Dan macam-macam lagi. Tak terdaya jariku nak list satu-satu. 

Aku sarankan, baca Surah Al-A'raf ayat 164.

Jawapannya ada di situ. Mungkin mereka akan anggap kita ni menyibuk tentang hidup mereka. Sehingga cacian yang dilontarkan itu menguji iman di dada. 

Tapi, itulah tugas kita. Khalifah. Dakwah. Amar ma'ruf nahi mungkar.

Apa juga yang kita lakukan berkaitan lidah, harus berhati-hati tidak kiralah sama ada ia teguran atau pujian kerana setiap yang diperkatakan akan dihitung di akhirat kelak.

Jadilah daie yang berhikmah. Contohi cara Rasulullah berdakwah. 

Jadilah daie yang Allah redha. Ikhlaskan hati bila berdakwah. 

Bukan kerana title 'daie' semata. 

Cek niat. Lillahita'ala. 

❤ Boleh tegur. Tapi jangan menghukum. Boleh nasihat. Tapi jangan menghina. Boleh tarbiyah. Tapi jgn sampai rosak ukhuwah.

Dan kamu. ye kamuu..! Kerana sayang aku menegur. Kerana rindu, aku mendoakan. 
langit kita sama. tiada beza. saya hamba. anda hamba. hamba Sang Pencipta. setinggi mana kita. serendah mana kita. kita tetap sama. kita tetap hamba.
hamba kepada Sang Pencipta, Allah Ta'ala. (naqib saad)
___________________________________________________________________
“Tulislah yang baik-baik walaupun diri belum baik. Sekurang-kurangnya, itu sudah menyelamatkan kita daripada menulis yang buruk-buruk"

##Apa yang saya tulis ni bukan bermakna saya sudah sempurna dalam menegur atau apa pun, diri ini masih lagi jahil, namun ianya sekadar peringatan bersama.. Tegurlah saya tatkala saya juga turut hanyut dalam duniawi##
:')
___________________________________________________
Pssssst pssstt!
Kadang-kadang nasihat yang paling baik itu boleh datang dalam bentuk sekuntum senyuman. ^__________^

p/s: maaf andai ada salah dan silap. Salam mahabbah dari hamba Tuhan ♥ 

-والله أعلم- *Renung²kan Dan Selamat Beramal..ツ*

Instagram

9 Comments:

Blogger Tengkubutang said...

Haiiiii..Cakkk!! bagus entri ni yunkk
done follow sini no.140
sudilah kiranya follow me back yea..
he2.. salam kenal.. keep in touch yea..=)

http://tengkubutang.blogspot.com/

dan my 2nd blog
http://kucenkucenbelog.blogspot.com/

Blogger Unknown said...

Bagus..suka bacanya..sesuai gttu..tw

Blogger AsrarSyauqina said...

@tenku butang

Done following u back..=) Tq!

Blogger AsrarSyauqina said...

@Intan Maizura Muhammad

Terima kasih..=)

Blogger Anis said...

Macam mana plak dengan kes dato alif syukri dan pu amin.

Blogger Somibear said...

Assalamualaikum, apa saya nak buat jika kwn saya yang sebilik dgn saya tak solat. Terdetik di hati saya itk menegur dan saya selalu rasa berdosa kerana tidak menegur. Tp saya kdg tu ajak dia solat jugak. And then masa saya ajak tu je la dia solat. Lps tu dah tk solat. Saya takut sgt setiao kali nak menegur. Saya rasa x kuat nk tegur😢kenapa la saya ni lemah sgt. Adakah cukup saya mendoakan dia je utk berubah? Sbb saya tak kuat dan takut nk tegur😢😢😢. Mohon beri pendapat apa patut saya buat. .

Blogger Nurul said...

Sy ada copy and paste kata2 cik di Ig sy, mohon di halalkan.

Blogger Unknown said...

Sy minta izin share ya kata² cik

Anonymous Anonymous said...

Mudah difahami. Disertakan dengan maksud ayat yg berkaitan topik.


Post a Comment