Entry About Shout Friends Follow Dashboard |
Coretan Hati
The Author
►► Asrar Syauqina ツ ►► Inspire to write. Write to inspire. ◄◄ Sila Tinggalkan Jejak Anda Di sini
Pena Tintaku
Popular Posts
☻ ♥ ☻ / █ \ / █ \ .|| ||. SEKUAT mana kita setia... SEHEBAT mana kita merancang... SELAMA mana kita menunggu... SEKERAS mana k...
Alhamdulillah.. Sekarang nih, saya tengok ramai yang sudah mula berjinak-jinak memakai cincin.=) Seperti yang kita tahu antara Sunnah Rasul...
Ingatlah wahai hamba Allah. Walaupun engkau megah berjaya. Keberjayaan engkau itu tiada maknanya tanpa redha Allah. Wa...
Komik ini diadaptasi dari kisah benar.. ●▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬ ·٠•●♥ Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ♥●•·٠ ▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬ ▬▬▬▬▬● Alkisahnya, terdapat seorang pelajar lelaki...
Contact Me
credits
Blog's Owner: Asrar Syauqina |
"Aku tak cantik ke?" "Aku kurang bergaya ke?" "Ataupun pasal kehidupan aku tak seberapa?" "Aku tak pandai meng'ayat' agaknya." Mungkin begitulah kerisauan yang memberat di minda muda mudi yang belum berpunya. Rasa rendah diri, stress dan gelojak rasa ingin memiliki membuatkan mereka berusaha memenangi hati dan memiliki seseorang tanpa mengenal batas halal dan haram. Yang penting, dapat. Hmm, jangan begitu ! Sedih hati ini melihat sahabat2 yang merana terseksa kerana menunggu cinta yang tidak sampai. Kerana mengejar bahagia cinta dari seseorang. Mengapa perlu kita kejar bahagia yang kita tidak nampak itu sedangkan Allah sentiasa menunggu kita.? Allah sentiasa menunggu untuk kita curahkan cinta padaNya, Dia sentiasa ada untuk kita bahagia. Tapi kita? terus pergi berlari meninggalkanNya kerana mengejar cinta dia, mahupun membawa diri kerana terluka dek kerana cinta dia. Saya juga pernah rasakan dan lalui semua itu. Hati saya juga pernah Ya Allah, Ya Rahman, Ya Rahim.. Pilu hati ini melihat mereka yang merana kerana cinta. Pilu kerana walaupun mereka sudah merasai peritnya penangan cinta dusta, mereka masih tak mampu mengarah diri mencari cinta hakiki. Tak serik-serik lagi. Diri diperhamba menagih cinta yang sementara hingga sanggup berkonflik dengan Pencipta cinta. Tak kenal dosa pahala. Memang saya akui, sebagai remaja memang ada rasa ingin menyayangi dan disayangi kerana saya juga seorang remaja. Tetapi ingat sahabat-sahabat sekalian, cinta sebelum kahwin itu hanya menjerumus ke lembah dosa dan zina. Jika mampu bertahan ke jinjang pelamin sekalipun, percayalah bahawa rumah tangga itu takkan berkat. Apa tidaknya, asasnya dibina daripada dosa dan maksiat. Mana mungkin dapat menegakkan tiang taqwa yang utuh kecuali dinaik taraf dengan taubat. Rumah tangga akan menjadi tawar dan hambar. Semuanya dah dirasa dan terbiasa, nak rasa nikmatnya apa lagi? Anak-anak menjadi mangsa. Terimalah ia sebagai hukuman di dunia. Amat pedih. Namun, terlalu sedikit berbanding pedihnya hukuman abadi di negeri sana. AllahuRabbi.. Malu diri ini bila mengagungkan hati untuk yang lain sehingga lupa untuk membaja cinta untukMu.. Sekali lagi sahabat yang sangat saya kasihi kerana Allah,, sama2 kita berdoa... Berdoa agar hati kita ditetapkan hanya untuk Allah. Semoga hati ini akan sentiasa kita basahkan dengan zikrullah dan lafaz cinta untukNya. Semoga hati ini sentiasa kita jaga dan pelihara.. Sahabat sekalian, kenapa saya luahkan bicara berkaitan hati? Kerana hati adalah organ tubuh dan iman yang paling penting. Hebatnya hati boleh menghancurkan Iman kita. Lemahnya hati dengan bisikan syaitan dan godaan hawa nafsu. Jagalah hati sebaik-baiknya. Iman yang bertambah, datangnya dari hati yang tetap mencintaiNya. Datang dari hati yang diserahkan sepenuhnya padaNya. "Dalam tubuh manusia terdapat segumpal darah, jika baik gumpalan darah itu maka baiklah seluruh tubuhnya, jika buruk gumpalan darah itu maka buruklah kesemuanya, ketahuilah bahawa gumpalan darah itu ialah hati"(hadis riwayat Imam Bukhari dan Muslim) Sahabat semua, begitu hebat penangan hati ini, kan? Kerana sakit hati, kita berbalah. Bergaduh. Bermusuh. Malah, ada yang sampai sanggup membunuh. Kerana terlalu mengikutkan hati, segalanya binasa. Punah iman. Punah akal fikiran. Kita bertindak di luar kawalan bila terlalu ikutkan hati. Bila hati kita menginginkan Cinta, bila hati kita inginkan dia, macam-macam lah kita lakukan. Sanggup meletak kan malu di luar kotak kehidupan kita. Dan akhirnya, tewas dengan tipu daya Memang..Memang tiada manusia yang sempurna. Dan tiada manusia yang betul2 suci hatinya. Sedar tidak sedar, hati kita tentu ada terpalit sesuatu. Kan? Saya juga. Saya juga begitu. ! Allah.. Sahabat sekalian, yang amat saya kasihi kerana Allah.. Kita manusia yang sama di sisiNya. Kita punya hati. Hati itu satu dalam diri masing2. Dan kita lah dipertanggungjawabkan untuk menguruskan hati kita. Bagaimana kita menguruskan hati kita? Sejauh mana hati ini gunakan untuk hidup dijalanNya, dan sejauh mana hati ini telah kita gunakan untuk melayani nafsu yang sering di goda oleh syaitan dan iblis? Ya Allahu Ya Rabbi.. Kita semua ketahui, dari hati, maka datanglah cinta. Bila kita terpandang seseorang itu, maka hati kita akan berasa lain dari yang lain. Dari situ lah kita tahu bahawa hati kita cintakan seseorang. Saya percaya, ramai di antara kita yang pernah mengalami perasaan sedemikian. Jujur saya katakan, saya juga. Tidak terkecuali. Malah, amat menyedihkan, kerana saya biarkan saja hati itu terus di bawa "cinta". Terus dan terus gelap dan kotor. Tanpa ada sebarang penjagaan. Zahirnya, saya gembira. Gembira kerana saya punya "cinta hati". Bangga kerana kononnya saling mencintai. Itulah hakikat perasaan. Tetapi, Alhamdulillah..! Allah Maha Besar. Kuasa Allah sungguh hebat. Diri ini sedar bahawa Cinta itu bukanlah Cinta hati yang sebenar-benarnya. Gembira secara zahirnya saja, tapi tidak pernah tenang dan tenteram secara batinnya. Sungguh. Ikhlas saya katakan, ikhlas saya kongsikan. ! Ingatlah.. Jatuh cinta itu fitrah,ingin bercinta itu fitrah,ingin dicintai itu fitrah.. Tapi, harus diingatkan..Jika fitrah itu dibawa dgn aliran yg betul,ia mulia..Jika dialir dgn aliran yg salah,ia hina.. Bila hubungan kita dengan Allah lemah, cinta lain akan terdahulu menguasai hati, hingga membuatkannya tanpa sedar menjadi sembahan kita. Na'uzubillah ! p/s: Hati-hati, kawan. Hati-hati menjaga hati. "Ya Rabbul Izzati... Bantulah kami untuk memelihara hati ini.. Kukuhkanlah hati kami untuk terus mencintaiMu hingga akhir nafas kami.. Berilah kami hidayahMu agar kami terus menjaga hati ini untu mencintaiMu..." |
3 Comments:
moga kita semua sentiasa istiqamah dalam mengejar cinta-Nya.
insyaAllah ya ukhti..=) Allahumma Ameen..! ~Cinta Allah Cinta Abadi..~
InsyaAllah
Post a Comment