Status
We struggle to find someone that understands us but we forgot that Allah is always there to listen and understand us. Right? Right. =')
►..MeNiTi KeHiDuPan KeranaNya..◄: Jodoh itu Rahsia Allah..ツ

Entry About Shout Friends Follow Dashboard


  • Assalamualaikum..ツ Ahlan Wasahlan.. !


Coretan Hati

The Author



Sila Tinggalkan Jejak Anda Di sini

Pena Tintaku

Popular Posts

Contact Me

credits
12:16 | 71 Comment(s)

Monday, 29 April 2013 ,12:16




/\ /\
 .||     ||.
SEKUAT mana kita setia...
SEHEBAT mana kita merancang...
SELAMA mana kita menunggu...
SEKERAS mana kita bersabar...
SEJUJUR mana kita menerima kekasih kita...
SELAMA mana kita bertahan bersamanya...

Jika ALLAH SUBHANAHU WA TA'ALA tidak menulis jodoh kita bersama orang yang kita sukai, Kita tetap tidak akan Bersama dengannya walau engkau bersusah payah mendapatkannya. Maka cintailah orang sewajarnya .... kerana orang yang kita cintai belum pasti jodoh kita nanti, kadang yang engkau nilai baik untuk mu belum tentu baik untuk ALLAH. 

Saat hati berkata " INGIN ", namun ALLAH berkata " TUNGGU ".
Saat AIR MATA harus menitis, namun ALLAH berkata " TERSENYUMLAH ".

Saat segalanya terasa " MEMBOSANKAN ", namun ALLAH berkata " TERUSLAH MELANGKAH ".

~Kita merancang Allah juga merancang tetapi perancangan Allah lebih baik.~




Jika ALLAH Tidak Menulis Jodoh Kita Bersama.. Kita Tetap Tidak Akan Bersama.. Tiada Yang Kebetulan Melainkan Semuanya Telah Dirancang.. Dan Sebaik Baik Yang Merancang Itu Adalah ALLAH s.w.t., Maha Perancang Segalanya.

Hebat aturanNya..=')


Jodoh itu kan Rahsia Allah.. Sweet kan? Allah itu maha SWEET. Dia nak bagi kejutan dekat kita. =D dan kita pula akan sentiasa ternanti-nanti , siapakah jodoh kita. Tapi, sebelum tiba masanya, selagi itulah Dia akan rahsiakan daripada kita. Allah buat macam tu bukan sia-sia, tidak ada sia-sia dalam perancanganNya. Dia nak kita persiapkan diri secukupnya sebelum jodoh itu sampai. Selagi ada masa yang disediakan Allah untuk kita ini, mari kita tambahkan ilmu di dada secukupnya untuk menjadi hambaNya yang bertaqwa. 

Jika mahu mendapatkan yang soleh, kurangkan agenda menCARI si Soleh, tetapi berusahalah menJADI yang solehah. Jika inginkan yang solehah, janganlah cerewet menCARI yang solehah, tetapi berusahalah menJADI yang soleh. Bertemu yang solehah, solehahnya dia belum tentu kekal. Bertemu yang soleh, solehnya boleh berubah.. kerana si soleh dan si solehah adalah insan biasa. 
Sama2 perbaiki diri,minta pada Allah. Dia mengetahui,sedang kita tidak mengetahui bukan? =) [2:216]


Kalau kita sukakan seseorang,
jangan beritahu si dia.
Nanti Allah kurangkan rasa cinta padanya.
Tapi luahkan pada Allah,
beritahulah Allah.
Allah Maha mengetahui siapa jodoh kita ..


Jika benar cinta itu kerana ALLAH maka biarkanlah ia mengalir mengikut aliran ALLAH kerana hakikatnya ia berhulu dari ALLAH maka ia pun berhilir hanya kepada ALLAH


"Dan segala sesuatu Kami ciptakan berpasang-pasangan supaya kamu mengingat kebesaran ALLAH."

(Adz Dzariyat : 49)


Ketika kau mendambakan sebuah cinta sejati yang tak kunjung datang,
Allah SWT mempunyai Cinta dan Kasih yang lebih besar dari segalanya & Dia telah menciptakan sseorang yang akan menjadi pasangan hidupmu kelak.
Ketika kau merasa bahawa kau mencintai seseorang,
namun kau tahu cintamu tak terbalas
Allah SWT tahu apa yang ada di depanmu & Dia sedang mempersiapkan segala yang terbaik untukmu


Cukup cintai dalam diam
bukan kerana membenci hadirnya
tetapi menjaga kesuciannya
bukan kerana menghindari dunia
tetapi meraih syurga-NYA
bukan kerana lemah untuk menghadapinya
tetapi menguatkan jiwa dari godaan syaitan yang begitu halus & menyelusup


Cintailah dengan keikhlasan
Kerana tentu kisah Fatimah dan Ali Bin Abi Talib diingini oleh hati
tetapi sanggupkah jika semua berakhir seperti sejarah cinta Salman Al Farisi..??



".. boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu.

ALLAH mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui."
(Al Baqarah : 216 )


Jangan memberi harapan pada yang belum pasti,
kelak ada insan yang bakal dilukai,
Jangan menaruh harapan pada yang belum tentu dimiliki,
nanti hati yang kecewa sendiri.
Sebaliknya,
gantunglah segenap pengharapanmu kepada Yang Maha Memberi,
nescaya dirimu tak sesekali dizalimi,
kerana Dia mendengar pengharapanmu setiap kali & Dia menunaikannya dgn cara-Nya yang tersendiri



Cukup cintai dalam diam dari kejauhan dengan kesederhaan & keikhlasan
Kerana tiada yang tahu rencana Tuhan
mungkin saja rasa ini ujian yang akan melapuk atau membeku dengan perlahan

Kerana hati ini begitu mudah untuk dibolak-balikkan
serahkan rasa itu pada Yang Memberi dan Memilikinya
biarkan DIA yang mengatur semuanya hingga keindahan itu datang pada waktunya

"Barangsiapa yang menjaga kehormatan orang lain, pasti kehormatan dirinya akan terjaga."
(Umar Bin Khattab ra)

If you really love her, you won't touch her.
Not even the slightest bit.
You'll protect her dignity and sacredness as a muslimah.
Just hold her in your heart for a few more years ..
then you can do it the halal way


"Sesiapa sahaja yang memberi kerana Allah, menolak kerana Allah, mencintai kerana Allah,membenci kerana Allah & menikah kerana Allah, maka bererti ia telah sempurna imannya."
(HR. Al-Hakim)

Ya Allah temukanlah kami kepada cinta yang membawa kami kepada cintaMu...
Ya Allah jadikanlah kerinduan kepadaMu lebih kami rindui dari yang selainnya..
Ya Allah peliharalah kami dalam kerahmatanMu dan KeampunanMu yang tidak pernah bertepi..Allahumma Ameen ya Rabb..


"Orang itu sedang menunggu kamu di hujung-hujung MUNAJAT dan DOA kamu.." =)

Jodoh itu rahsia Allah, Sunnatullah. Cepat atau lambat, ia akan sampai juga kepada kita apabila tiba masanya. Usah terburu-buru. Sunnatullah tidak boleh digesa, tidak boleh dilengahkan bila sampai masanya. =)

-والله أعلم- *Renung²kan Dan Selamat Beramal..ツ*

Instagram

71 Comments:

Blogger Rintihan HambaMu said...

Assalamualaikum,.
Subhanallah..begitu tertarik ana membaca penulisan anti. cukup baik..

Jodoh itu rahsia Allah.^_^

Blogger AsrarSyauqina said...

Wa'alaikumussalam..syukran sbb sudi baca..yup..Jodoh itu Rahsia Allah..sweet kn?^____^

Blogger ~anonymous~ said...

Sangat sweet... :)

Blogger achaSNBM said...

tersentuh akak bace entri adik ini :')

Blogger Nur Adibah said...

hati ana terasa ditarbiahkan apabila membaca entry ni. seperti ubat yang boleh merawat hati ana. perancangan Allah tu hebatkan. cuma kita je yang kena redha dengan kehendaknya. kita perlu ikut mana yang baik jika itu ketentuanNya.

Blogger ♥SS♥ said...

mohon share boleh ?

Blogger AsrarSyauqina said...

Boleh..silakan..=)

Blogger AsrarSyauqina said...

Alhamdulillah..=) betul tu.. Allah tidak akan mengatur sesuatu yang sia-sia, semuanya bersulam hikmah yang sangat halus dan sangat hebat..!Redha lah andai apa yang berlaku tidak seperti yang dirancang..kerana Allah itu lebih mengetahui apa yg terbaik buat hamba2Nya..yg penting kena yakin dgnNya..=)

Blogger AsrarSyauqina said...

Alhamdulillah..=') moga ia bermanfaat utk kita semua!

Blogger Unknown said...

Sedihnya hatiku hanya dapat melihat kebahagiaan org... :'(

Blogger AsrarSyauqina said...

Wahai ukhti,YAKINlah..=') hari ini pasti ada bahagia dan begitulah hari-hari yang mendatang..pasti..!! Telah datang ribuan hari..kita menikmati ‘cinta’Nya. Ujian datang dan pergi namun kita masih ‘bahagia’ kerana maha adil Allah tidak meletakkan bahagia itu pada kekayaan kerana si miskin pasti terasa diabaikan, tidak juga diletakkan pada rupa paras kerana yang kurang pasti berasa dipinggirkan namun diletakkan kebahagiaan itu di HATI..ya, hati yang tenang ~tiada seorang pun didunia ini dinafikan haknya untuk tenang bukan? Jadi semua orang mempunyai peluang untuk bahagia.

Paling penting, bahagia itu milik Allah.. segala yg bukan milik kita, maka mohonlah kpd Pemiliknya. Andai kebahagiaan yg kita mahu, mohonlah agr kbhgiaan bertamu dlm hidup kita. InsyaAllah, bahagia itu ada buat kita smua..=D

Blogger Unknown said...

Allah maha mengetahui.. Jodoh itu rahsia Allah..
Di saat ht mempersoalkan pelbagai persoalan, Allah menyimpan stiap rahsia itu. Sampai masanya Dia akn suluhkan kita dgn jawapan..

Blogger Elfina Eka Rahayu said...

terkadang qolbu saya bertanya-tanya siapakah kelak jodoh saya? hamba sangat mencintai Allah dan sangat mencintai orangtua. smg kelak kita akan dipersatuan dengan belahan jiwa kita.

Blogger Semanis Kurma said...

SALAM MOHON COPY..TERTARIK SNGAT PASAL JODOH YANG ADIK BUAT NIE SGT2 TERHARU...HANYA ALLAH SWT YG TAHU

Anonymous Anonymous said...

Alhamdulillah..tenang hati saya baca entri ni.. :)

Blogger min2interface said...

Syukur Alhamdulillah...tenang hati sy ble mmbc ni...sy sndiri dlm kesedihn krn kekasih sy tngglkn sy n mmpunyai org ln...stlh sy brsamanye 9 thn...mmg ssh sy nk mnerima dugaan ni..tp apabila mmbc penulisan ni JODOH ITU RAHSIA ALLAH SWT...maka sy hrs redha dgn prpisahn ini...

Blogger Unknown said...

thanks ")

Blogger Unknown said...

Entry yg sgt baik, buat pengubat hati org yang sedang memburu cinta.. :D tahniah

Blogger AsrarSyauqina said...

Alhamdulillah..=') Ukhti, brsgka baiklah dgn ujian yg Allah titipkan..Dia lebih mengetahui apa yg terbaik utk makhlukNya. Sedarlah, mgkin si dia pergi meninggalkanmu.Tapi Allah akan sntiasa kekal dan terus berada di sisimu.Gapailah cinta Allah. Nescaya, dgn izinNya, Dia akan mengurniakanmu jodoh yang jauh lebih baik..=)

"Cinta dan kasih sayang manusia itu hanyalah setitis jika nak dibandingkan dengan selautan cinta dan kasih sayang Allah. Sekiranya kamu kehilangan yang setitis itu, ia tidak akan menjejaskan kehidupanmu selagi yang selautan itu masih kamu miliki.." =)

Kamu sebenarnya tidak kehilangan apa-apa pun ukhti, kerana pada asalnya kita tidak pernah memiliki apa-apa..si dia milik Allah..Kita semua milik Allah. Mmg Allah sngaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya apabila kita bertemu jodoh yg sebenar,masih ada rasa syukur kita pada ketentuanNya.

Bila tak ada jodoh bkn kerana dia tak baik utk kamu atau sebaliknya. Tapi sebab dia memang tidak tertulis utk kamu di Luh Mahfuz sejak azali lagi. Atau mungkin kerana makin dekat kamu dgn si dia, makin kamu menjauh dgn DIA..

Paling pnting, Allah itu Pemilik & Pencipta Cinta.. Jika cinta manusia yg kita inginkn, mohonlah kpd Penciptanya..moga dikurniakn jodoh yg terbaik buatmu. Semaikan kekuatan dlm dirimu dgn mengingati ALLAH. Pasti hati akn jdi lebih tenang. itu JanjiNya.! =)

Blogger AsrarSyauqina said...

Alhamdulillah..=) Segala yg baik datangnya drpd Allah..Thanks sbb sudi baca entry nih..! =D

Blogger AsrarSyauqina said...

you're most welcome! =)

Blogger AsrarSyauqina said...

Wlkmsslm..=) silakan2..moga ada manfaatnya..! ^^,

Blogger AsrarSyauqina said...

Alhamdulillah..! =') jemput baca entri2 yg lain ye..smoga bermanfaat!

Blogger AsrarSyauqina said...

Ameen ya Rabb..! Ukhti, jangan risau akn Jodohmu..=) kerana Tulang Rusuk dan Pemiliknya takkan pernah tertukar dan akn bertemu pada saat yg tepat menurut ketentuanNya..Telah tercatat sebaris nama pasanganmu di Luh Mahfuz untukmu.. CUMA, peribadinya ditentukan oleh sejauh mana Ketinggian Peribadimu.. Sepertimana janji Allah; "perempuan-perempuan yang baik untuk lelaki-lelaki yang baik, dan lelaki-lelaki yang baik untuk perempuan- perempuan yang baik." Ayuh, sama2 kita perbaiki diri..! moga kamu beroleh jodoh yg terbaik..=D

Blogger AsrarSyauqina said...

Yup..That's right..Jodoh itu akn dtg pada saat yg tepat..=) Pasti terselit pelbagai hikmah knp Allah rahsiakannya sblum tiba masanya.. Andai kata klau kita dah tahu siapa jodoh kita sejak lahir, mungkin kita tidak akn bersusah pyh utk mencarinya dan kita tidak akn berusaha mperbaiki diri utk mndpt jodoh yg baik..Mungkin..

Ibnu Qayyim pernah berkata: “Andai kata kita mampu menggali hikmah Allah yang terkandung dalam ciptaan dan urusan-Nya, maka pasti kita akn dapat tidak kurang dari ribuan hikmah.. Namun akal kita sangat terbatas, pengetahuan kita terlalu sedikit dan ilmu semua makhluk akan sia-sia jika dibandingkan dengan ilmu Allah, sebagaimana sinar lampu yang sia-sia dibawah terik matahari."

Blogger Unknown said...

assalamualaikum.. hmm terima ksh untuk entri yg saya kira sgt menarik.. semoga awak di berkati ALLAH.. BEST OF LUCK FOR UR SPM ;-)

Blogger Unknown said...

Mohon share ya Ukhti~ saya amt ttarik ngn entri ukhti~

Blogger Unknown said...

mohon share.entry yg sgt menarik..dan menyentuh perassan saya.

Blogger AsrarSyauqina said...

Wlkmsslm warahmatullah..U're most welcome..sekadar perkongsian bersama..=) may Allah bless u too dear ukhti..thanks for the dua'..;)

Blogger AsrarSyauqina said...

Silakan2..=) moga ada manfaatnya..;)

Blogger AsrarSyauqina said...

Alhamdulillah..=) silakan2..

Blogger Animous said...

Subhanallah ukhti artikelnya bagus banget.. ^_^
menyentuh qalbu

semoga bisa jadi penenang bagi hati yang bimbang dan gelisah akan hadirnya jodoh ..
semoga jadi penawar hati , bagi yang dirundung masalah antara cinta
dan jodoh..

aminnnnn :)

Blogger Unknown said...

aduuuh... adeeeem bener dah ah.. baca nya.. seandai nya aja.. ukhti mauuu..... #ah jadi #malu... #ngarep

nitip yaach

[http://www.makcomblang.net Kontak Jodoh]

[http://www.nagichat.com Random Chatting]

[http://www.tokobujang.com Jual Beli Online gratis]

Blogger Nora Othman said...

Sayu baca entri ni...setelah mengenali si dia selama 10 tahun..dia pergi untuk selama-lamanya setelah perancangan untuk berumahtangga mendapat restu dari ibunya yang selama ini menentang hubungan kami. Setelah Allah lembutkan hati ibunya untuk menerima dan menyayangi diriku, dia pergi buat selama-lamanya..hatiku luluh dan seakan2 tidak percaya dgn pemergian dia..ibunya kini menganggap diriku sebagai anaknya setelah kehilangan dia...semuanya atas ketentuan Allah SWT. Semuga diriku sentiasa redha dan ikhlas menerima takdir ini

Blogger Admin said...

Subhanallah.. Sucinya jodoh itu, ianya ketentuan Allah belaka

Saya ada artikel berkaitan doa minta jodoh >>

Doa Minta Jodoh Sampai Cepat

Blogger Iza Musa said...

Semua nya ketentuan Allah :')

Blogger Unknown said...

tertarik sgt ,,baca sampai habis

Blogger AZZA ZAHIDA said...

assalamualikum tahniah .. ye . jodoh itu milik allah . maaf .. hanya ingin berkongsi ... rasa cinta n syg yg timbul dlam hati ni buatkan sy rasa kadang-kadang terlalu takut kehilangan . saban hari sy mencari .. apa prlu sy buat .. alhamdulillah .. hari ni sy di temukan dengan blog awk ye , sy tahu jodoh milik n rasia allah . kadang terdetik rasa cemburu di hati melihat org yg kita kasihi rapat dengan wanita lain .. dan rasa ni buat sy rsa cemburu yg teramat sangat ... lepas baca blog awak .. sy yakin .. dengan dekatkan diri ni padaa yg maha es . hati kita lagi tenang .. dan sy akan selalu pujuk diri .. jika allah dah tetapkan di jodoh kita sejauh mana dia or kita lari , kalau dah jodoh tak kemana ... dan sejauh mana kita kejar , kawal , pelihara sesuatu itu , jika dia bukan di jodohkan untuk kita , dia akan pergi dengan izin allah . thanks sebb berkongsi ilmu :') assalamualaikum

Blogger fizz sahrudin said...

Assalamualaikum..terima kasih atas perkongsian.. cinta Allah itu indah. Allahuakbar.. saya pon dalam keadaan kecewa..tapi saya tidak berputus asa.. saya masih berharap kepadanya..saya putus dengannya tapi saya masih berkawan baik...now saya dekatkan diri kepada Allah, saya berdoa dan berserah kepada Allah..niat saya ikhlas untuk menjadikan dia halal bg saya dan saya nak bimbing dia ke jalan yang diredhai Allah nanti..berharap dia kembali semula satu hari nanti. InsyaAllah.. Aminn..

Blogger Roti Manis Life's said...

assalamualaikum terima kasih atas share kata2 bijaknya,,semga saya tetap bisa kuat menunggu jodoh yang telah ditetapkan olehNYA

Anonymous Anonymous said...

Assalamualaikum...sy ada share kata ni...sy hrp izinkan sy

Blogger Nurul Fauziyah said...

subhanallah, sangat menyentuh... syukron

Blogger Unknown said...

assalam, Allahurabbi. u touch my heart dgn kata2 yg indah, terima kasih,

Blogger Unknown said...

cantikknyaa blog . tenang jaa rasa baca sambil menghayati lagu ni . sesungguhnya jodoh itu rahsia allah

Blogger MISH ROVELETTE said...

sedih saya baca :") thanks

Blogger jiji said...

mohon share kt blog sy .. :) tp di creditkan ke blog awk. tq.

Blogger Unknown said...

Alhamdulillah setelah baca blog awk..aty sy amat tenang..sy baru je putus dgn kekasih sy..kmi dah bersama 4 tahun..bgu sy..dia lh segala2nya dlm hdup saya..akhirnya kmi terpisah kerana tk di restui ibu bapa pihak perempuan...bgitu brat sy tanggung dugaan ini..stelah menunaikan solat sy mesti mgalirkn air mata terkenangkn dia d sana..kini sy dpt tau klu sebulan dari skrg dia akn berkahwin dgn pilihan kluarga emak dia..walaupun brat sy akur dgn ketentuan allah..klu dia bukan milik sy...terima kasih kerana blog ini sy trus ada semangat untuk bangkit semula.. tQ

Blogger anniehanida said...

Ya sahabat..setelah membaca..apa yang tertulis dan disiratkan..hati saya menjadi tenang....saya terlalu resah..mengingati perkara ini..terima kasih..saya ucapkan..semuga ketenangan ini berterusan..mohon kebenaran..diletakkan didesktop mobile saya..semuga sentiasa menjadi peringatan pada diri saya..terima kasih sekali lagi..insyallah dapat membantu dalam kehidupan saya..

Blogger CheNta MiLLaH said...

sangat2 tersentuh bila bace...mohon copy boleh??

Blogger mercury_gurl said...

thank you soo much for the info. sangat memberi semangat esp to those yang baru putus cinta.

Blogger Sisna Lina said...

jejak saya http://www.linafadzlina92.blogspot.com

Blogger leyzzazainiey said...

assalamualaikum .. mohon share boleh kan ? tertarik dengan kata-ii awak . :) . terima kasih .

Blogger Manjalara said...

Tulisan awk merawat luka di hati

Blogger NSyazwana said...

SubhanaAllah indahnya . mohon share, boleh?

Blogger Unknown said...

Mohon share bole

Blogger ciksenyumpagi said...

Subhanallah..terma kasih kepada adik kerana buat entry ni...sangat bagus..kerana cinta kepada-Nya yg satu lebih utama dan dgn keredhaan-Nya kita akan bahagia..insyaAllah...mohon share utk dijadikan nota didalam diari...

Blogger AsrarSyauqina said...

@Iman Ohorella
Alhamdulillah.. Insha Allah amiinnn..=)

@Nor Asmah Othman
Allah..moga saudari sntiasa kuat..Betul..Redhalah ats pemergiannya..Bisikan ke dalam hati mu yang paling dalam. Dia bukan milik mu.DIAlah yang memiliki dan menguasai segala-galanya. Sampai masanya terpaksa diserah. Jangan ada rasa dimiliki, dan jangan ada rasa memiliki. Perancangan Allah itu terlalu bnyk hikmah. Mgkin Allah mahu titipkn jodoh yg lebih baik..? Siapa tahu..=)

@Din
Okay..Noted! Jazakallahu khair..

@Misza Yoseop
Btul dear.. Allah penentu sgala2nya.. Yakinlah dgn janjiNya! :)

Blogger AsrarSyauqina said...

@adyla aidyl
Alhamdulillah.. Terima kasih! moga bermanfaat..:)

@AZZA ZAHIDA @Fizz Sahrudin @anum zoet
Waalaikumussalam wbt.. Alhamdulillah.. Sama2..:) teruskan berdoa shbt2.. moga kita smua peroleh jodoh yg terbaik.. Insha Allah.. Amiinn..~

@Mazlan Mohamed Sakri
Wlkmsslm wbt.. ye boleh..silakan share..=)

@Nurul Fauziyah @nur sak'rani
Alhamdulillah..sama2..^_^

Blogger AsrarSyauqina said...

@Nurain Zaini
Biasa2 je blog sy nih..:) hehe.. btw, thanks!

@mish rovelette
Alahai..x mao lh sedih2 dear..hehe..alrite..u're welcome!

@tinta quezie
Ooh..boleh aja..:) silakan..~

@azmir pria
Sbb itu jangan pernah ada rasa dimiliki dan memiliki sbb kita sbgai manusia x pernah memiliki apa2 pun.. Smuanya milik Allah. Bila kecewa kerana manusia, bangkitlah kerana Allah. Luahkn sgalanya pdNya. Insha Allah, hati lebih tenang! Pling penting, sama2 kita utamakn dahulu cinta Allah. Apabila cinta Allah diutamakn, pasti cinta2 lain akn menyusul. Insha Allah..

@honey
Allahu..sama2 shbt..=')

Blogger AsrarSyauqina said...

@CheNta MiLLaH
Boleh..Copy je...Ilmu itu untuk disebarkan..=)

@mercury_gurl
Ohh.. you are most welcome dear..=)

@Lina Lina
Done with it..! tq..such a nice blog..:)

@leyzzazainiey
Wlkmsslm wbt..Boleh je..:) sama2 awak..~

@Manjalara
Huhu..alhamdulillah..=')

@NSyazwana @nur shazwani
Silakan..~

@ciksenyumpagi
hehe..sama2..terima kasih jgk kpd akak kerana sudi baca entry ni..=) ye..silakan share..moga ada manfaatnya..~

Blogger miss LawaLawa said...

Salam.. Sy bru baca entry ini. Terima kasih kerana ia sgt bermanfaat di kala sy sedang muram. Sy telah bercinta dgn kekasih sy hampir 6 thun, tetapi akhirnya ibu sy tidak restui hubungn kami dan menerima pinangan org lain. Sy sgt sedih. Tpi sy percaya naluri seorang ibu dan sy buat kputusan utk teruskan. skrang sy hanya berserah pd Allah. Semoga sy dapat memiliki bahagia Nya. Doakan sy ukhti :')

Blogger Unknown said...

Wsalam saudari miss lawalawa, Laa tahzan syg..Allah tahu peraturan yg trbaik buat hmbaNya yg disygi..awak kena kuat dan redha dgn takdir Allah beri, perancangan manusia bukn yg trbaik suadari, saya prcaya awak adalah anak yg solehah sbb patuh pada ibu n ayah..betapa besarnya pahala awak dpt peluang brbkti too parents walaupun trpaksa brkorban..tpi percaya lah saudari, bahagianya prkahwinan kita bila mak dan ayah pun redha..yg pnting saudara jgn putus2 doa pada Dia moga urusan pilihan ni yg trbaik dlm hidup saudari..in sha Allah:))

Blogger Unknown said...

Terima kasih dik asrar..kata2 adik sgt menyembuhkan luka yang begitu dalam ini..semoga adik jga bertemu jodoh yang terbaik dari sisi Allah..aamiin

Blogger Unknown said...

3 bulan lagi nak mendirikan rumah tangga. Tapi tak kesampaian., betul la, kalau Allah kata tidak, tidak la. Bukan la die jodoh kita.. Terima kasih entry ni dpt mngubat sdikit kesedihan, luka dlm hati ni. In shaa Allah. Rezeki, ajal, jodoh semua sudah ditentukan oleh Nya..

Blogger AsrarSyauqina said...

@nur shazwani True. Couldn't agree more! Terkesan with ur nice words. Tqsm :)

To @miss LawaLawa, sorry for the late reply. Alhamdulillah :) X dinafikan, mmg susah utk lepaskan sseorg itu pergi. Apatah lagi bila kita dah kenal bertahun lamanya kan :) Ingat kembali pada janjiNya. Janji Allah itu pasti. Bila kita mula redha, kita akn lebih bahagia insha Allah :) Jgn pernah takut utk ikhlaskan sgla yg berlaku. Sy selalu berpegang pd 1 perkara dimana keredhaan Allah itu bergantung pd redha ibubapa. Apa2 yg kita nak buat, utamakanlah ibubapa. Kdg mgkin kita akn persoalkan kenapa dan kenapa, sbb kita tak nmpk berkat ibubapa ada disitu. Insha Allah sy doakan, moga2 dgn berkat doa dan redha ibubapa kita kpd kita, awk, sy dan kita smua (yg tgh baca ni) menjdi insan yg lebih berjaya dan lebih bahagia di dunia dan akhirat. Moga Allah redha :) Jgn sedih2, be happy :)

Blogger AsrarSyauqina said...

@aishah ziana
Alhamdulillah. Sama2 kak Aishah =D Allahumma aminn. Terima kasih atas doanya. Moga doa itu berbalik kpd akak juga =)

Blogger AsrarSyauqina said...

@mohammadasraf Ramli
Sama2. Betul. Rezeki, ajal, jodoh semua tu Allah dah aturkan. Jika ssuatu itu milik kita, pasti akn jadi milik kita kerana mmg ditakdirkan utk kita. Tapi, jika ssuatu itu bkn milik kita, walaupun jalannya mudah, walaupun bersusah pyh kita ingin mendptkannya, tidak akn pernah jadi milik kita sbb mmg bkn ditakdirkan utk kita. Serahkan hati padaNya. Insha Allah sglanya akn baik2 saja.

Blogger cinta pertama said...

dulu di jabar thn 2001 saya tergila gila dg seorg cewe namanya Nur rumahnya timur bendungan andir ciparay bdg, saya ngejar dia sampai 2thn sampai thn 2003, sampai saya putus asa dan ingin bunuh diri tp saya ditolak habis habisan. saya nekad melamar dia saya ditolak. saya terpaksa nyari cewe lain nama nya yani, di desa paseh majalaya bdg , saya dihajar org. saya thn 2005 nyari cewe lain, di kampung saya di jawa tengah nama nya mulyati, saya dibohongi teman. saya beberapa thn berhenti nyari cewe, thn 2015 nyari cewe lagi di kampung saya, namanya izzah saya ditolak lagi. hidup kok kejam bngt. pdhl saya baik dan jujur dan suka bantu org tp nasib saya sial bngt. teman teman saya suka mabok dan ugal ugalan tp mrka mudah dapat cewe. saya sdh 12 thn agak rajin ibadah tp nasib tdk berubah. sebelum nya thn 1997 nyari cewe dkt pabrik tempat saya kerja, namanya tety saya ditolak. thn 1998 nyari cewe, namanya siti di ciroyom saya difitnah teman, teman bilang kpd cewe saya sdh nikah di jateng, pdhl blm. nyari cewe yg sepabrik dg saya, nama nya efi saya ditolak.

Blogger NurNazmi Nasir said...

Ni ada laman web cari jodoh.. Boleh cuba..InsyaAllah jumpa..

https://baituljannah.co/jodoh/R9DYR-MY

Blogger Kecik_Comel said...

Aq juga sedih kcewa.. Di beri harapan sampai ke pelamin.. Rupnya sidia berharap balik pda cinta lamanya.. :'(

Blogger Unknown said...

Luar Biasa, Sangat Menyentuh sekali.
_Bismillahi Tawakkaltu ilallah_

#Menyentuh_Qalbu
#SangDW


Post a Comment