Status
We struggle to find someone that understands us but we forgot that Allah is always there to listen and understand us. Right? Right. =')
►..MeNiTi KeHiDuPan KeranaNya..◄: Pemakaian Cincin Mengikut Sunnah Rasulullah..=)

Entry About Shout Friends Follow Dashboard


  • Assalamualaikum..ツ Ahlan Wasahlan.. !


Coretan Hati

The Author


Like²

Jom Follow!

Sila Tinggalkan Jejak Anda Di sini

Pena Tintaku

Popular Posts


Contact Me

credits
10:03 | 6 Comment(s)

Wednesday, 19 December 2012 ,10:03


Alhamdulillah.. Sekarang nih, saya tengok ramai yang sudah mula berjinak-jinak memakai cincin.=) Seperti yang kita tahu antara Sunnah Rasulullah s.a.w. ialah memakai cincin.. Nabi s.a.w. memakai cincin dan kalau kita memakai cincin dengan niat mengikut sunnah Nabi s.a.w., insyaAllah pahala menanti kita.. Tapi cara pemakaian yang bagaimana?
Sebab sekarang nih saya tengok pelbagai ragam orang memakai cincin.. 
Ikut suka je.. 
Tapi,sedarkah anda bila kita pakai cincin tanpa mengikut kaedah yang betul dalam syariat Islam, sia-sia je..dan takut2 boleh dilaknat oleh Allah SWT.. Na'uzubillah min zalik.. !!

Oleh itu, di sini saya ingin kongsikan kepada sahabat2 semua tentang kaedah pemakaian cincin mengikut Sunnah Rasulullah.. Bagi yang belum tahu, sila habiskan pembacaan anda dan bagi yang dah tahu tu.... xpe, habiskan jugak pembacaan anda..!! muehehehe.. Alhamdulillah kalau dah tahu.. =)


Nasihat Nabi Muhammad S.A.W kepada Saidina Ali a.s sesudah bernikah dengan Siti Fatimah iaitu anakanda kesayangan Baginda, Nabi Muhammad S.A.W berpesan kepada Saidina Ali iaitu jikalau hendak memakai cincin pakailah di :-

1. Jari Manis
2. Jari Kelingking (Anak jari)

Seperti gambar di bawah nih ye..



Dan harus diingatkan !! Jangan memakai cincin pada :-

1. Jari Tengah
2. Jari Telunjuk



Nabi Muhammad s.a.w. melarang kita memakai cincin pada jari telunjuk dan jari tengah kerana ia meniru cara berhias kaum yang dilaknat oleh Allah iaitu kaum yang derhaka pada zaman Nabi Lut a.s.

Sahabat2 yang saya kasihi kerana Allah, marilah kita saling berpesan2 sesama kita. Kalau terperasan ada dalam kalangan keluarga, kawan2, jiran ataupun saudara mara kita yang berhias dengan cara yang salah, tegurlah mereka dengan cara yang berhemah ye. Semoga kita semua mendapat hidayah dariNYA. InsyaAllah..=)

Perhatian!!!

Cara memakai cincin adalah termasuk lelaki mahupun perempuan.

p/s: Semua orang, baik lelaki atau wanita amat digalakkan untuk memakai cincin pada jari kelingking dan jari manis. Justeru, sama ada anda lelaki atau perempuan, ikutlah sunnah nabi s.a.w. apabila berhias memakai cincin. Sebenarnya begitu banyak sunnah yang begitu ringan, tapi kita terlepas pandang.. Antaranya pemakaian cincin ini.. Ayuh sahabat2! Ayuh kita hidupkan kembali Sunnah Rasulullah..!!

Dari ‘Amr bin ‘Auf bin Zaid al-Muzani radhiyallahu ‘anhu, Rasulullah s.a.w. bersabda,

مَنْ أَحْيَا سُنَّةً مِنْ سُنَّتِى فَعَمِلَ بِهَا النَّاسُ كَانَ لَهُ مِثْلُ أَجْرِ مَنْ عَمِلَ بِهَا لاَ يَنْقُصُ مِنْ أُجُورِهِمْ شَيْئًا


 “Barangsiapa yang menghidupkan satu sunnah dari sunnah-sunnahku, kemudian diamalkan oleh manusia, maka dia akan mendapatkan (pahala) seperti pahala orang-orang yang mengamalkannya, dengan tidak mengurangi pahala mereka sedikit pun".

Dan dari Anas ra. dari Nabi s.a.w. katanya: "Barangsiapa yang menghidupkan sunnahku, maka dia telah mengasihiku, dan siapa yang mengasihiku dia akan memasuki syurga bersama-samaku! "

-والله أعلم- *Renung²kan Dan Selamat Beramal..ツ*

Instagram

6 Comments:

Blogger Srikandi permata said...

Subhnallah perkongsian yg menarik..^_^
sungguh bermanfaat.

Blogger aya rasdi said...

kalau ibu jari camne pulak?

Blogger Annel Osyairi said...

Alhamdulillah, terima kasih.. Like!

Blogger Abu Son`s said...

ibu jari ntah.. mungkin sama dengan azazel.. so elakkan jela..

Blogger Ahmad Zaidi said...

Salah info ni...
Perempuan boleh pakai dekat mana2 jari..
larangan jari tgh dan telunjuk hanya utk lelaki..klu pakai jugak..makhruh hukum dia..

Blogger sarah Powell said...

Mana satu ni perempuan boleh ke tidak Pakai cincin mana2 jari


Post a Comment