Status
We struggle to find someone that understands us but we forgot that Allah is always there to listen and understand us. Right? Right. =')
►..MeNiTi KeHiDuPan KeranaNya..◄: Innallaha ma'ana..=')

Entry About Shout Friends Follow Dashboard


  • Assalamualaikum..ツ Ahlan Wasahlan.. !


Coretan Hati

The Author



Sila Tinggalkan Jejak Anda Di sini

Pena Tintaku

Popular Posts

Contact Me

credits
11:47 | 2 Comment(s)

Monday 6 August 2012 ,11:47




Saat hati kecil ini menangis
Tiada tangisan yang mampu didengari
Tiada mutiara yang mengalir
Hanya sekadar sebuah senyuman
yang terukir di wajah ini
Adakah wajah itu mengerti?
Mungkin iya. Mungkin tidak
Kerana apa?
Kerana tangisan itu tersembunyi
di hati kecil ini

Saat hati kecil ini meronta-ronta
inginkan ruang
Tiada suara mampu mendengar
Tiada siapa yang mengerti
Tiada ruang untuk hati kecil ini
Kerana apa?
Kerana mereka tidak mengerti

Saat hati kecil ini berduka
Tiada siapa yang peduli
Kerana apa?
Kerana hati ini masih mampu
tersenyum
Hanya dengan senyuman
yang mampu mengubati
Hanya dengan senyuman
yang sudi menemani
Dan hanya dengan senyuman
yang mampu membangkitkan semangat =)



Khas buat insan-insan yang sedang berduka..termasuk diriku..=')


Tersenyumlah wahai hati
Mengapa terus menerus larut dalam tangisan?
Tangismu itu hanya akan membuat hatimu tercabik-cabik dan murung.

Tersenyumlah wahai hati
Cukuplah kau berasa pilu!
Sudah
Cukup sudah sedihmu
Tiada guna kau tangisi pada perkara yang sudah terjadi

Cuba lihatlah matamu yang membengkak!
Cuba lihatlah hatimu yang sesak!
Tak kesian kah?
Tak kesiankah pada matamu yang indah itu?
Tak kesiankah pada hati yang bening itu?

Dunia memerlukan senyumanmu
Bukan tangismu!
Tersenyumlah wahai hati
Tersenyumlah wahai penduka
Sambutlah kembali harimu dengan senyum manismu
Dengan senyum ceriamu

Mana senyummu?
Ayuh, tersenyumlah agar dunia pun tersenyum untukmu!

Perkara yang membuatkan hatimu sakit
Tiada guna disesali
Tiada guna ditangisi
Tataplah masa depan
Bukan masa lalu
Positifkan dirimu

Sekalipun engkau rasa seolah tidak mampu tersenyum
Tersenyumlah !
Kerna Allah masih melimpahkan nikmat yang tidak terkira kepadamu
Dampingilah Allah agar engkau terus kuat tersenyum.

Sebenarnya,
Allah sayang padamu
dan bumi juga rindu pada senyuman manismu
Tersenyumlah :')

Duhai insan-insan yang sedang bersedih..

Allah itu maha memahami. Jangan gundah wahai hati, saat kau berteriak keseorangan tanpa seorang pun yang memahamimu, pasakkan dalam-dalam pada akar jiwa dan imanmu. Dia itu pemberi yang setimpal. 

Tanamlah kata-kata bahawa " moga-moga dengan kesakitan ini , Allah sudi mengampuni dosa-dosaku yang terlalu banyak " :) Jadi? Jangan bersedih lagi. Hidupkan hidupmu dengan rasa kehambaan padaNya. 


Ketika hati bersedih kita perlu untuk memilih..
Pilihlah untuk senyum, walaupun kita memiliki sebab untuk muram..
Pilihlah untuk bangkit walaupun kita telah jatuh dan malu..
Pilihlah untuk sabar dan redha walaupun kita ada alasan untuk kecewa..
Kerana ingatlah.. ALLAH sentiasa bersama orang yang bersabar.



p/s: "ALLAH menguji keikhlasan apabila bersendirian. ALLAH memberi kedewasaan apabila ditimpa masalah. ALLAH melatih kesabaran dalam kesakitan. Dan ALLAH tidak pernah mengambil sesuatu yang kita sayang, kecuali menggantikannya dengan yang lebih baik.." InsyaALLAH.=)


-والله أعلم- *Renung²kan Dan Selamat Beramal..ツ*

Instagram

2 Comments:

Blogger BUSANA COLLECTION said...

salam perjuangan buat adikku syg..
ssguhnya ALLAH besama awak..tabahlah dlm mgharungi setiap ujian drNYA..DIA lebih tahu ape yg terbaik buat dirimu..chill okayy :')

Blogger AsrarSyauqina said...

syukran jazilan kakakku syg..=') doakan diri ini ye..


Post a Comment