Entry About Shout Friends Follow Dashboard |
Coretan Hati
The Author
►► Asrar Syauqina ツ ►► Inspire to write. Write to inspire. ◄◄ Sila Tinggalkan Jejak Anda Di sini
Pena Tintaku
Popular Posts
☻ ♥ ☻ / █ \ / █ \ .|| ||. SEKUAT mana kita setia... SEHEBAT mana kita merancang... SELAMA mana kita menunggu... SEKERAS mana k...
Alhamdulillah.. Sekarang nih, saya tengok ramai yang sudah mula berjinak-jinak memakai cincin.=) Seperti yang kita tahu antara Sunnah Rasul...
Ingatlah wahai hamba Allah. Walaupun engkau megah berjaya. Keberjayaan engkau itu tiada maknanya tanpa redha Allah. Wa...
Komik ini diadaptasi dari kisah benar.. ●▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬ ·٠•●♥ Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ♥●•·٠ ▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬ ▬▬▬▬▬● Alkisahnya, terdapat seorang pelajar lelaki...
Contact Me
credits
Blog's Owner: Asrar Syauqina |
"Semua ilmu ada dalam al-quran,"kata seorang ulama.
Maksud tuan ilmu dunia juga?" balas seorang pemuda.
"Ya,ilmu dunia dan akhirat ."
"Saya tidak percaya. Masakan begitu. Bagi saya mustahil kitab al-quran yang hanya terdiri daripada ribuan ayat itu boleh mengisi semua bentuk ilmu. Berapa ayat yang diperlukan untuk memuatkan semua ilmu yang ada? Wah,tentulah berbilion-bilion banyaknya. Bentuk dan jenis ilmu tersangat luas. Saya tetap tidak bersetuju," tegas si pemuda.
Ulama hanya tersenyum.
Tidak puas hati,keesokan harinya,pemuda itu bertemu dengan ulama itu semula.
"Tuan masih percaya semua ilmu ada dalam al-quran?"
"Ya," jawab ulama itu dengan pasti.
"Kalau begitu,berapa banyak minyak yang boleh didapati daripada sekilogram buah kelapa sawit?"
Ulama tersebut diam. Pemuda itu rasa bangga kerana pada pengamatannya ulama itu akan tunduk pada pandangannya.
"Dan jangan lupa tunjukkan nama surah dan ayatnya sekali ya..." tambah pemuda itu.
Beberapa ketika kemudian,ulama itu berkata, "Ya saya tahu jawapannya. Malah saya tahu surah serta ayat yang menjawab persoalan itu. Tetapi untuk menjawabnya,mari ikut saya."
Pemuda itu mengikut ulama tersebut menuju ke suatu tempat.
"Kita nak ke mana?'
"Ikut sahajalah." kata ulama itu.
Tidak lama kemudian mereka bertemu dengan seorang pekerja yang sedang menyelia kerja-kerja memproses buah kelapa sawit. Ulama itu bertanya,
"Tuan,boleh beritahu kami berapa banyak minyak yang kita akan dapat daripada sekilogram buah kelapa sawit?"
Penyelia itu spontan memberi jawapannya. Sejurus kemudian,ulama berkata kepada si pemuda, "Itulah jawapannya."
"Eh,saya mahukan jawapan daripada al-quran,bukan penyelia ini!" bantah pemuda itu agak marah.
"Itulah jawapan al-quran," jawab ulama itu dengan tenang.
"Apa maksud tuan?"
"Inilah al-quran. Dalam surah al-Nahl ayat 43, Allah telah berfirman yang bermaksud,
'Bertanyalah kepada orang yang mengetahui jika kamu tidak mengetahui.'
"Dan kita telah pun bertanya kepada penyelia kilang kelapa sawit ini tentang soalan kamu. Inilah yang dijelaskan kaedahnya oleh al-quran. Dan inilah jawapan al-quran kepada soalan kamu itu.'' kata ulama tersebut.
Pengajaran: Al-quran bukan kitab sejarah,sains atau ilmu-ilmu yang lain. Namun begitu, dalam al-quran ada asas dan teras umum bagi ilmu-ilmu itu yang menjadi dasar,prinsip dan panduan untuk mengembangkannya. Jika seseorang mempelajari al-quran secara menyeluruh,dia akan mempunyai general knowledge semua ilmu yang penting di dunia.
|
0 Comments:
Post a Comment