Status
We struggle to find someone that understands us but we forgot that Allah is always there to listen and understand us. Right? Right. =')
►..MeNiTi KeHiDuPan KeranaNya..◄: Moga Allah Redha..=')

Entry About Shout Friends Follow Dashboard


  • Assalamualaikum..ツ Ahlan Wasahlan.. !


Coretan Hati

The Author



Sila Tinggalkan Jejak Anda Di sini

Pena Tintaku

Popular Posts

Contact Me

credits
00:09 | 0 Comment(s)

Thursday 28 March 2013 ,00:09


Ingatlah wahai hamba Allah.

Walaupun engkau megah berjaya.
Keberjayaan engkau itu tiada maknanya tanpa redha Allah.

Walaupun engkau disanjung penduduk dunia,
Sanjungan itu tiada maknanya tanpa redha Allah.

Redha Allah.
Itu yang utama.

Ingat.
Itulah tujuan insan.
Tiada yang lain.

Andai lain menjadi tujuan.
Takutlah akan Allah.
Bimbanglah akan pengadilan-Nya.

Dengan niat yang tersasar.
Bagaimana engkau mahu bertemu dengan-Nya kelak?
Engkau yakin akan mampu menjawab dihadapan-Nya?
Atau engkau rasa akan menjadi kelu sekelunya.

Energimu itu usah dibazirkan untuk manusia.
Tidak akan pernah sama keredhaan manusia dan keredhaan Allah.
Tidak akan pernah sama!
Sama sekali tidak akan sama!

Bunga kebahagian itu 
Akan tetap mekar
Akan tetap segar
Akan tetap mewangi
Bila redha Allah mengiringi.

Hati - hati jaga hatimu.
Luruskan niat.
Siap siaga.

Kerahkanlah tenagamu jua fikiranmu
Menuju redha-Nya!

"Para pahlawan mukmin sejati tidak akan membuang energi mereka untuk memikirkan seperti apa ia akan ditempatkan dalam sejarah manusia. Yang mereka pikirkan adalah bagaimana mereka meraih posisi paling terhormat di sisi Allah swt. Itulah sejarah yang sebenarnya. Ridha Allah dan tempat yang terhormat di sisi-Nya. Itulah cita-cita sejati para pahlawan mukmin. Itulah ambisi yang sebenarnya, ambisi yang disyariatkan" 
- Anis Matta (Presiden PKS)-

Begitu juga dengan persahabatan. Allah. Bila berbicara mengenai SAHABAT, hati ini sebak, tak tahu kenapa. Mungkin sudah penat mencari seorang SAHABAT yang bersama-sama ketika suka dan duka..  =')

Dalam mencari SAHABAT, ibarat kita mencari permata dalam timbunan kaca.. Dalam mencari permata, pasti kita akan terluka dek kaca tapi akhirnya kita akan temui permata yang bersinar yang bakal menyinari hari-hari yang bakal ditempuh bersama.  

Tidak dinafikan diri ini juga pernah dikecewakan oleh insan yang bergelar SAHABAT. Tapi apakan daya, sudah catuan perjalanan kehidupan sebegitu.. Allah ingin menguji.. Setiap yang berlaku dalam kehidupan, mesti BERSEBAB.. Dan terselit HIKMAHnya.. Jangan pernah berputus asa.. Mungkin akan ada yang berkata, 'alaaaa..kau tak kena, senang la kau cakap..' Tak.. Diri ini juga pernah merasainya.. 

Ingatkanlah diri bahawa 

- CARILAH SEORANG SAHABAT  DENGAN MATA HATI..  
-JADILAH SAHABAT YANG TERBAIK SEBELUM KITA MENDAPAT SAHABAT / KAWAN YANG TERBAIK JUGA.. 
-SENTIASA BERLAKU JUJUR DALAM PERSAHABATAN.. TANPA MEMIKIRKAN DARJAT, STATUS, HARTA BENDA.. 
-IKHLASKAN HATI DALAM BERSAHABAT.. 
-SENTIASA SENANGKAN HATI, BUAT MEREKA TERSENYUM..
-WALAUPUN KADANG KALA HATI INI TERASA DENGAN MEREKA, KETAHUILAH BAHAWA LUBUK HATI INI SAYANG AKAN MEREKA .. 
- DAN SENTIASA MENDOAKAN KEBAIKAN SAHABAT.. 

Berfikir sejenak. Kadang-kadang bila semakin kita mencari sahabat sejati, semakin Allah uji. Kan? Kadang-kadang terasa penat dengan pencarian tersebut. Memang benarlah, 


Sebenarnya, bila kita dalam bersahabat, macam-macam ujian yang Allah titipkan buat kita. Kan? Ada je masalah yang timbul antara kita dan sahabat kita. Teringat akan nasihat seorang ukhti ni. Bilamana kita sentiasa punya masalah dengan sahabat, MUHASABAH kembali. CHECK balik niat kita. Adakah selama ini kita bersahabat kerana inginkan HATI dia atau kita inginkan REDHA Allah? AllahuRabbi..

Pesanlah pada diri supaya jangan terlalu mencari sahabat yang sempurna kerana manusia itu tidak ada yang sempurna. Memang setiap orang menginginkan sahabat sejati. Tapi tidak semua akan berjaya memperolehnya. Sahabat sejati itu umpama rama-rama. Semakin kita mengejarnya semakin jauh ia meninggalkan kita... Namun,apabila kita biarkan rama-rama itu terbang bebas ke mana jua pun.. Siapa tahu suatu saat andai ia telah melihat rencah dunia, ia akan mengibarkan sayapnya ke arah kita... Berlindung kepada kita daripada hujan dan panas.. Dan melampiaskan keresahannya tentang perjalanan jauhnya.. Dalam suatu pertemuan yang tak disangka-sangkakan... Mungkin saja, bagi kita rama-rama yang kita kejar itu adalah segalanya. Namun mungkin saja dia juga bukanlah rama-rama yang diperuntukkan Allah untuk kita.. Dan mungkin saja, rama-rama liar yang berkeliaran di luar sana adalah takdir yang diciptakan untuk kita... Siapa tahu?=')

Diri ini dapat rasa siapa SAHABAT yang sentiasa bersama.. Tapi hati ini sentiasa berfikir, adakah diri ini seorang sahabat yang baik atau tidak.. Diri ini sentiasa mencuba menjadi sahabat yang baik untuk sahabat-sahabat yang lain.. Diri ini sentiasa takut akan kehilangan mereka sehingga terlalu berfikir dan menangis.. Tapi andai sudah tertulis, suatu hari nanti diri ini akan kehilangan mereka, diri ini tak akan melupakan mereka semua.. 

Siapakah mereka sahabat ini? Kamu akan tahu dengan mata hati kamu sendiri.. 

" Ya Allah,peliharalah ukhuwah kami ini. Moga tiada hasad yang menyelirat jauh di hati yang tersirat..Di jalan Allah, Persahabatan ini bukan milikku dan bukan jua milikmu, Persahabatan ini adalah perancangan daripada Allah yang mengetahui segala rahsia, kerana DIA lah aku mengenalimu dan kerana DIA jua telah menetapkan ukhuwah itu, pasti terukir 1001 kenangan dan kasih sayang, Semuanya kerana Allah,Sungguh,Bukan kerana selain daripada-Nya.."

Untuk sahabat-sahabat saya di luar sana.. Uhibbuki fillah.. harap ukhuwah ini hingga ke jannah hendaknya. =)



"Ya Allah, moga engkau terima amal soleh kami, luruskanlah niat kami, bantulah kami daripada tertarik dengan godaan fatamorgana dunia yang menipu ini. Hanya RedhaMu yang kami inginkan ya Rabb.Hanya RedhaMu !"

* menangis menaip entry ini..k.byeee..='')

-والله أعلم- *Renung²kan Dan Selamat Beramal..ツ*

Instagram

0 Comments:


Post a Comment