Status
We struggle to find someone that understands us but we forgot that Allah is always there to listen and understand us. Right? Right. =')
►..MeNiTi KeHiDuPan KeranaNya..◄: -Harga Diri di Mata Orang Lain-

Entry About Shout Friends Follow Dashboard


  • Assalamualaikum..ツ Ahlan Wasahlan.. !


Coretan Hati

The Author



Sila Tinggalkan Jejak Anda Di sini

Pena Tintaku

Popular Posts

Contact Me

credits
02:11 | 4 Comment(s)

Tuesday 18 October 2011 ,02:11


Cerita ni berkisahkan seorang Prof dan peserta2 bagi program motivasinya.. Prof itu memulakan programnya dengan mengeluarkan duit RM100 dari dompetnya.. Kemudian duit itu ditayangkan kepada 50 orang pesertanya..


Lalu Prof itu bertanya.. 

"Siapa nak duit ini?".. 

Semua peserta mengangkat tangan, dan Prof itu berkata lagi.. 

"Saya akan berikan duit itu kepada salah seorang daripada kamu, tapi izinkan saya membuat sesuatu dahulu"..

Prof tersebut meramas-ramas duit itu hingga renyuk.. Kemudian dia menunjukkan duit yang renyuk itu dan bertanya..

"Ada sesiapa yg nk duit ni lagi?".. 


Hampir semua pelajarnya mengangkat tangan.. Prof menggangguk dan mencebikkan bibir..

"OK, apa kata kalau saya buat macam ni?".. 

Duit RM100 itu dicampakkan dan ditenyeh-tenyeh dengan kasutnya.. Prof tersebut memungut semula duit itu lalu diletakkan di atas meja.. Wang kertas itu bukan sahaja renyuk malah kotor..

"Sekarang siapa nak duit ini?"..

tanya Prof itu lagi.. Selesai dia bertanya, lebih separuh daripada jumlah pesertanya masih mengangkat tangan..

"Haa..apa yg boleh kita kutip daripada peristiwa itu tadi?"


tanya Prof itu.. Pesertanya hanya diam dan sesetengah hanya menggelengkan kepala.. Mereka masih tidak dapat menangkap apa yang cuba disampaikan oleh Prof tersebut..

"Hadirin sekalian, anda baru saja menghadapi sebuah pelajaran penting. Apapun yang terjadi dengan wang ini, anda masih berminat kerana apa yang saya lakukan tidak akan mengurangi nilainya.

Biarpun renyuk, lusuh dan kotor, wang ini tetap bernilai RM100 juga..

Dalam kehidupan ini, kita pernah beberapa kali terjatuh, di hina, dan dipenuhi kotoran akibat keputusan yang kita buat & situasi yang menerpa kita dalam sesuatu keadaan dahulu.

Dalam keadaan seperti itu, kita berasa tak berharga, tak bererti.
Padahal apapun yang telah & akan terjadi, anda tidak pernah akan kehilangan nilai di mata mereka yang mencintai anda, lebih-lebih lagi di mata Allah.

Jadi walau bagaimana kotor pun anda, kita masih mempunyai nilai yang tersendiri. Sayangilah diri anda, bertaubat jika membuat dosa, terus berusaha jika gagal kerana diri kita sebenarnya amat berharga.


Dan jangan lupa kita adalah makhluk Allah yang di pandang sama, hanya iman dan taqwa yang membezakan kita.

Harga diri kita bukan datang daripada apa yang kita lakukan atau siapa yang kita kenal tapi siapa sebenarnya kita..


Labels: , , ,


-والله أعلم- *Renung²kan Dan Selamat Beramal..ツ*

Instagram

4 Comments:

Blogger Miera Azli said...

Subhanallah .. benar ya ukhti .. sungguh manusia ini adalah suatu makhluk yg berharga .. suke yg ni !

Blogger AsrarSyauqina said...

aiwah..=).. Diantara semua ciptaan Allah, manusia adalah makhluk yang paling Dia kasihi dan yang paling berharga dimata-Nya.. Semoga kita tergolong dalam kalangan orang yg mndpt kasihNya..=)

Blogger Kak Su-SueHijab said...

Subhanallah...sangat menyentuh hati...hanya iman dan taqwa yang membezakan kita..

Blogger AsrarSyauqina said...

@Kak Su-SueHijab
that's right..=')


Post a Comment