Entry About Shout Friends Follow Dashboard |
Coretan Hati
The Author
►► Asrar Syauqina ツ ►► Inspire to write. Write to inspire. ◄◄ Sila Tinggalkan Jejak Anda Di sini
Pena Tintaku
Popular Posts
☻ ♥ ☻ / █ \ / █ \ .|| ||. SEKUAT mana kita setia... SEHEBAT mana kita merancang... SELAMA mana kita menunggu... SEKERAS mana k...
Alhamdulillah.. Sekarang nih, saya tengok ramai yang sudah mula berjinak-jinak memakai cincin.=) Seperti yang kita tahu antara Sunnah Rasul...
Ingatlah wahai hamba Allah. Walaupun engkau megah berjaya. Keberjayaan engkau itu tiada maknanya tanpa redha Allah. Wa...
Komik ini diadaptasi dari kisah benar.. ●▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬ ·٠•●♥ Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ♥●•·٠ ▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬ ▬▬▬▬▬● Alkisahnya, terdapat seorang pelajar lelaki...
Contact Me
credits
Blog's Owner: Asrar Syauqina |
Cuba lihat gambar di atas.. X berperikemanusiaan langsung mereka ni..!! Manalah sifat ihsan dalam diri diorang..?? Nak kata ada x ada akal, ada.. Kesian sangat apabila tengok kucing ni diperlakukan sebegitu..~(T_T)~ Disiat-siat kulitnya.. Cuba kulit-kulit diorang disiat macam tu.. Kita kalau terkena pisau sikit pun,dah menjerit-jerit sakit.. Apatah lagi kucing ni.. Ya Allah..!! Yang ini pula, gambar seekor ibu kucing yang sedang menjilat anak-anaknya dan berharap mereka kembali sembuh.. Menurut keluarga yang memelihara kucing terbiar itu, pada pagi itu apabila mereka terdengar tangisan tragis ibu kucing itu, mereka bergegas turun ke tingkat bawah dan menjumpai keempat-empat anak milik ibu kucing sesat tadi telah dianiaya/didera hingga mati dan diletakkan di depan ibu kucing tersebut.. Badan anak-anak kucing itu dipenuhi kesan-kesan lubang peluru (x tahulah peluru ape..peluru pistol mcm x logik je) dan berlumuran darah.. Leher salah seekor daripada anak kucing itu diikat tali dan dijerut, dadanya dibelah dan terkeluar jantung.. Manakala tiga lagi kepala anak kucing itu dipijak.. Ya Rabb..!! Jika benar cerita ini, kenapalah kejam sangat manusia yang menganiaya anak2 kucing tu.. Cuba tengok wajah ibu kucing tu.. Allah..!! Kesian sangat2.. Mana x nya.. Anak-anaknya diperlakukan sebegitu rupa.. Ibu mana yang x sedih..?? Kehilangan anak2 dalam keadaan tragis.. (T_T) Ingat sahabat2.. Ibn Umar RA meriwayatkan sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: "Seorang wanita dimasukkan ke neraka kerana mendera seekor kucing, ia tidak memberinya makan minum sehingga mati kelaparan." -Hadis Sahih Bukhari dan Muslim- Kucing pun makhluk Allah.. Jangan didera begitu.. Sememangnya seseorang itu hilang kewarasan akal untuk mendera haiwan yang sebegitu COMEL seperti kucing.. Kucing itu adalah haiwan ciptaan Allah.. Jika engkau berani mendera kucing, beranilah menghadapi balasan yang akan diberi olehNya sama ada di didunia atau di akhirat..!! Sayangi kucing..!! Seperti mana yang ditunjuk oleh sahabat Rasulullah iaitu Abu Hurairah.. Abu Hurairah merupakan sahabat yang paling rapat dengan Rasulullah.. Nama sebenar beliau ialah Abdul Rahman.. Ada satu hari, sahabat Nabi ini jumpa seekor anak kucing yang sedang mengiau kerana kehilangan ibunya. Beliau yang sedang dalam perjalanan menuju ke Masjid Nabawi berasa kesian pada anak kucing itu, lalu diambil dan diletak kucing itu di dalam baju besar beliau. Bila sampai di masjid, Nabi nampak Abdul Rahman dan baginda bertanya kepada beliau.. "Apa yang ada dalam baju tu?" Beliau menjawab, "Ini anak kucing yang kehilangan ibunya.. Aku kesian tengok keadaan dia.. Aku pun bawalah dia bersama aku.." Dari situlah Baginda menggelar beliau dengan Abu Hurairah yang bermaksud bapa anak kucing.. Gelaran itu sikitpun tidak menjejaskan maruah dan reputasi beliau, malah inilah gelaran yang paling disukai apabila orang ramai menyebut namanya. Lagipun, inikan gelaran yang Nabi sendiri bagi.. Abu Hurairah pernah membawa kucing yang baru ditemui di tepi jalan di dalam lengan jubahnya. Ada juga orang cerita yang beliau letak anak kucing di dalam poket jubahnya dan beliau mebawa kucing itu bersiar-siar sebelum beliau membawa balik kucing itu ke rumahnya semula. Sweet kan?? Ada lagi ke orang macam ni zaman sekarang?? Lagi mendera adalah.. Jadi, mari kita contohi Abu Hurairah yang sentiasa menyayangi kucing.. Jangan hanya pada kucing sahaja, semua binatang pun termasuk juga. Bila kita kasih kepada haiwan, hati kita akan jadi lagi mulia dan ihsan kita terhadap haiwan itu akan menebal.. Tiada sebab mengapa haiwan harus didera, jika tidak kerana hati yang keras dan tidak bertimbang rasa. Memang hati yang keras tidak pernah mengenal mangsa, sama ada kucing ataupun manusia.!!! Labels: haiwan, manusia, nasihat, peringatan |
0 Comments:
Post a Comment