Status
We struggle to find someone that understands us but we forgot that Allah is always there to listen and understand us. Right? Right. =')
►..MeNiTi KeHiDuPan KeranaNya..◄

Entry About Shout Friends Follow Dashboard


  • Assalamualaikum..ツ Ahlan Wasahlan.. !


Coretan Hati

The Author



Sila Tinggalkan Jejak Anda Di sini

Pena Tintaku

Popular Posts

Contact Me

credits
03:52 | 25 Comment(s)

Wednesday 1 July 2015 ,03:52

Bismillahirrahmanirrahim. 
Assalamualaikum shbt2 sekalian! Keifahal? =)


Well, I'm back!! hehe. Rindunya! Lama sgt dh x update this blog.. Nak dekat 1 tahun lebih dah. huhu. Last entry pun masa last year (*on May 2014) T_T. *Dah bersarang dah blog aku ni,nasib je xde spider*. Apa pun, on last week, I've started changing a little bit on my blog. Dah berwajah baru. Lebih cute, lebih meriah. haha. Insha Allah. Hopefully laa..>_<

Selama satu tahun lebih tu, bukannya menghilangkan diri. Time tu, masih berada dalam dunia ASASI lagi. Well, life part in Asasi Sains UNIMAS (Universiti Malaysia Sarawak) *cehh..promote..hihi* insha Allah akn dikongsi later on.. Pahit, manis, payau n semua laa..=) insha Allah. Coming soon. Sebab banyak sgt yg nk dicerita nihh. Yelaa. Cerita untuk setahun lebih kann. Of course laa menimbun! *Tulaa..sapa suruh x update?padan muka!* haha..#deep nakk. *bukan x nak update..banyak sgt cerita sampai x tahu nak start drpd mana =P* *A.L.A.S.A.N* #gurlppp!

Apa pun, aku dah bertekad untuk terus meng'update' blog kesayanganku ini. Insha Allah. Harap x FUTUR di tgh jln lerr.. *Eceehh.. Amiinnn..*

So, back into my topic. The Memorable Interview-Cucms.. Moga sedikit sebanyak dpt mnjdi panduan bg mereka2 yg bkl menghadapi temuduga tersebut.  

Actually, a few days ago, on 29th June 2015, bersamaan hari isnin 12 RAMADHAN 1436H, I went for an interview in Bpharm-Bachelor of Pharmacy (Hons)  in CUCMS. FYI, CUCMS ni private university or dgn kata lainnya IPTS. Well, org kata CUCMS ni one of the best IPTS kt malaysia n Islamic (mcm UIA tp versi IPTS). Tp x tahulh betul ke x. Sbb x masuk bljr lg kt situ kan. Hopefully btul lah..=) *Jap2..CUCMS tu ape kak?blurrr~* haha..alahai.. soalan tu dah boleh diagak dah dikk.. Sebab mostly, bila bercerita dgn kawan psl CUCMS ni, first question yg keluar drpd diorg adalah "CUCMS tu apa?" haha. but, it's okay. ^^ CUCMS ni shortform kpd 'Cyberjaya University College of Medical Sciences'.. Fuhhh..panjang kan? Sebab tu kdg2 bila ada yg tnya Cucms tu apa. Aku copy paste je full name Cucms tuu instead of typing it. Bukan malas. Tp nk jimat masa n tenaga! haha. *Tersedak* 

Interview nya start pkul 9.30 pagi as what they told us in Invitation Letter. So, my father and I gerak awal dalam pukul 8.30 pg. Sebab parents ckp jalan nk ke Cyberjaya tu pagi2 sesak. Lagi2 kalau time peak hour. eh, btw. Cucms tu dkt cyberjaya taw.*ye2* hehe. n Jarak perjalanan drpd Klang (my hometown) ke Cyberjaya x lah jauh sgt. X sampai 1 jam dh smpai dh kalau xde traffic jam laa. n alhamdulillah, pagi tu, no traffic jam at all. Smooth je perjalanan kami. =) Then, lebih kurang 9.15 pg, kami sampai n terus masuk bangunannya. My first impression was like "Hurmm..Boleh tahan jgk Cucms ni" hihi..

their Ground Floor. mcm shopping mall. eh.

Even, bangunannya x lah besar mana mcm uni IPTA, but yeahh, NOT BAD.. Lagipun logic jgk. Buat ape nk building yg besar2 sbb kt situ hanya menumpukan bidang medical sciences je pun. Plus, hanya ada 5 fakulti je kt situ (Medicine (MBBS), Pharmacy, Allied Health Sciences, Traditional & Complementary Medicine (homeopathic) & Safety and Health (FOSH). For more details about CUCMS boleh lerr melawat lawan web diorg>> CUCMS k? 

So, back to the interview. Masuk2 je bangunan tu, jalan straight je. Haa..Nampak x gmbr kat atas tu? Haa.. mcm tulaa.. jln straight jeee.. sampai lah jumpa dgn Encik Kaunter. Then, my father tanyalah, kat mana Interview n so on. Encik Kaunter tu ckp kat first floor, naik lift. *n ofkos laa Encik Kaunter tu Org ye bknnya Telecom ke ape. eh silap. Intercom* >_< Then, naik lift ke first floor. Smpai je first floor, haha. k, ini lawak. "B.L.U.R.R.R..." blurr dh nk msuk bilik yg mana satu. Sbb banyak sgt bilik. Sampai lh nmpk "Faculty of Pharmacy", terdetik dh *Ohh..kat sini kot..* Redah jelaa.. Tp still meragui taw sbb xde pown sign "Selamat Datang ke CUCMS untuk Temuduga Farmasi. Kami gembira dengan kehadiran anda. Masuk jangan x masuk" haha..k, ini berlebihan. >_< Then, nk dipendekkn cerita, dkt ruang menunggu bilik tu (Faculty of Pharmacy) adalah tiga,empat org tgh dduk kat situ. Tanya punya tanya kat mana iv, diorg pun blurr mcm ak. haha. Barulah tahu,rupe2nya diorg student kt situ. No wonder diorg pun blurr. hihi.

Time tu rasa mcm menyesal plak x tanya in details kat Encik Kaunter tu. haha. So, ibrahnya, tanyalah dgn terperinci ye kat Encik Kaunter tu sblum naik ke atas ;). Then, misi mencari diteruskan lagi n alhamdulillah, jumpa jgk akhirnya. Itupun sbb nampak ade bdk lelaki msuk sekali dgn family dia (*pakai smart2 n pegang sijil2..konfem bdk iv). Then, masuk2 mcm biasalah kena serahkan dokumen n buat pembayaran. Tengok keadaan sekeliling, x ramai pown interviewee nya. Utk BPharm x lebih 10 org n Foundation (medicine/pharmacy) pown ade dlm dua tiga org je. But tu untuk haritu jelh. Ada lgi interviewee sblum2 ni. Time usha2 dkt borang tndtgn kehadiran, yg dtg iv mse 16/6 pown ade. So, agak competitive lah jgk. 


Then, beberapa minit lpas tu, kami semua dipanggil n kena naik atas which is 3rd floor. Tinggal lah my father bersendirian kat bawah tu. *Sorry abah =')* Sampai je 3rd floor................

JENG..JENG..JENG..

Pfttt.. Guess what? Ramai sgttttt students kat situ..*sigh* Akak yg bwk ktorg tu ckp, diorg ade exam. Ohh. Patutlah ramai semacam. n u know what, it was really akward bile kena lalu depan diorg. Biasalah. Bila golongan minoriti lalu dpan golongan majoriti, mestilah jadi bahan tumpuan kan. So, time tu mampu tundukk jelahh..-_- Sampai kat bilik iv, seriyes bnyk SGT discussion room kt situ! Ktorg smua disuruh dduk skjap kt ruang menunggu. Tgh nk dduk2 tu, sekali ternampak "PEADIATRIC". haha. N I was like..a bit surprised mgkin sbb x pernah tgok kot buku tu (*koya). n konfem laa kepunyaan student medic yg nk amek exam td. haha. (*agak je) Ntah2 bdk master ke..kann..=) *bg ssape yg x tahu ape tu peadiatric, rajin2kanlah diri anda untuk cari and tanya Mr. Google keyh?* =D

Then, ktorg diberitahu kena buat essay. Tenang jelaa sbb dh expect pun kena buat essay. Sblum pegi iv tu, ade lah jgk buat research psl iv kt cucms. n mostly bgthu, kena buat essay. So, utk adik2 yg akn iv nnti, jgn lupa buat preparation sikit so that xdelah terkejut sgt..=) mse diberitahu tu, adelh gak beberapa org yg terkejut kena buat essay sampai sakit perut pown ada. (*Bukan saya. Bukan saya) haha. (sorry. sounds like funny but reality). Essay tu kena siapkan dlm mse 20 minit n ofkos benda yg ditanya tu psl Pharmacy laa kan. Then, lepas dh siap essay, ktorg dipecahkan mengikut course yg dimohon. Cth: bdk foundation ngan bdk foundation, Bpharm dgn Bpharm. Time tu disbbkn lama sgt mnunggu interviewer nya utk sampai (*mgkin ada kelas kot..husnudzon) apa lagi.. 'TAARUF session bermula..' >_< ade yg drpd A-Level, KTT (sorry. x ingat kolej ape sbb first time dengar) n others. Ade gak yg drpd Foundation sama mcm ak. 

X lama lpas tu, dtglh interviewernya. Sorang-sorang masuk. Tp nasib baik interviewer tu utk bdk2 yg apply foundation. Fuhh. Sedikit lega. Bolehlah tenang2kan diri dlu smbil meneruskan sesi chit chat..haha. Lama gak laa menunggunya sampaikan diorg (yg apply foundation) dh hbis interview pun. >_< Tp, ade hikmahnya jgk taw. haha. (*cuba mencari hikmah di setiap perkara). Diorg share sikit mcm mna iv diorg kt ktorg. Yg paling terkejut, siap kena bagi comment tntg Philosophy Cucms. Harlaaa. Kesian gak lah kt bdk2 tu. Nk comment cmne. Filosofinya pown x tahu ape benda. Ktorg yg dgar ni ape lgi. Teruslah mencari filosofinya kt laman web. haha. Seriyes, LAWAK! 

Ni haa filosofinya:

The harnessing of human potentials in a comprehensive manner to produce holistic healthcare professionals who are intellectually, emotionally and spiritually-balanced is based on the principles of Islam and the obedience to the Almighty Allah.

Amekk kau.. Kwn yg dduk sebelah aku lagilah, siap pi tanya "Harnessing tu apa wei?" haha. Time ni mmg menggelabah hbis. Diorg pown jenis yg suka buat lawak. Mmg asyik tergelak je. Aku ingat lagi, ada sorang tu tanya btul2, " Wei, camne kalau die tnya psl CHANCELLOR?" Pastu, ade sorang ni jwb, "Alaa,rilex je. Ckp kt interviewer tuu kasi 'CHANCE LORRHHH' hahaha.. >_< Buat lawak plak sorang ni. Seriyes, that was the memorable one. Dalam kalut2 tu, sempat lagi bergelak ketawa. So, utk adik2 yg bkl iv tuu, silalah buat preparation molek2 keyh? Jgn jdi mcm kakak2 n abg2 nih..=D hihi.
Then, nk dijadikan cerita. Time tgh kalut2 tu, Interviewer ktorg plak dtg! Harlaaa..Dua org plak tu. n time tu semua mcm.....#gurlpp

(*Kena plak timing nya. haha) 
Allah! Ya Hanana Ya Hanana..~

Tp ofkos laa time tu semua pakat wat muka tenang je. Wat lek wat peace. Senyum memanjang. Yelaa. Kalau buat muka mcm kat atas ni, x ke pelik interviewer tu nnti. First Impression kena jaga adik2. Markah tu..*Ececehh..koya* =D Lpas je depa masuk bilik, Ya Rabbi! Start balik sesi menggelabah ktorg. Lagi2 yg kena giliran pertama. Aduhai. Btw, aku dpt giliran kedua time tu. Sedikit tenang. So, sempat jgklh nk revise psl Cucms. Tunggu pnya tggu. Aihh. Lama bebenor. Ak ckp gak kat yg lain2. "Kalau 1 jam sy x keluar drpd bilik ni, korg jgn lupa ketuk taw. Mana lah tahu pengsan ke dlm tu asbab nervous sgt"..hahaha..>_< Then, sementara interviewer tu nk pggil nama ak, bdk yg dpt giliran pertama tu adelh jgk share psl iv die. Antaranya, kena cerita psl current issues about pharmacy. Any issues. n alhamdulillah! Ak ade buat preparation mengenai tu. Issue psl: 

"Separating the Functions of Clinics and Pharmacies" 

Alaa. Yang psl dispensing ubat tuu. 
Google je..

Then,bila kena my giliran. Baca bismillah, ketuk pintu n bg salam. mcm biasalah. 
Mls nk cerita pnjg2. n then, bermulalah sesi iv tu. Seriyes,sgt enjoy! Enjoy sbb 
apa. Sbbnya smua soalan yg ditanya, smuanya yg ak dh expect. Tenang je time 
jwb.. Cuma satu soalan je yg ak rasa x dpt jwb dgn sepenuh hati which is "Why 
do u choose Cucms rather than other uni?" time tu blank skjap. Sbb ak sendiri 
pown x tahu nape pilih Cucms. haha. Tp x knlah nk jwb 

"Sorry, I don't know,miss" 

Kan..hohoii.. It's a big no-no during iv. So, I just said that "Because I believe 
Cucms will give me a better education and bla bla bla.." Aku ckp jgk sbb 
pensyarah2 kat sini smua best2..hehe.

*Goreng jelaa*

Interviewer tu ada tnya gak "awk pilih farmasi ni sbb awk rasa farmasi lagi 
senang drpd medic ke?" haha. What a tricky question! :) Ofkos laa x.. Belajar 
farmasi pown susah dikk ooi..Jgn ssekali anggap bljr farmasi tu lgi senang drpd 
medic. Bnyk drugs yg kena hafal taw. Then, mse last2 tu ade gak soalan pelik yg 
dia tanya. "Do u smoke?" haha. hah?? yeahh.. sounds kinda weird..maybe nk 
confirmation kot. Tp mmg sah2 lh X.. Bau rokok pown ceq dh x tahan. -_- 

Hurmm.. Rasanya tu je laa kot bnda yg nk di share psl interview kt Cucms ni. 
Don't worry too much. So far, interviewer nya baik2 je.. X garang pun..=) 
insha Allah.

-Btw, ni sedikit Ibrah yg ak dpt drpd iv tersebut: 
Belajar apa2 bidang pun susah. X semestinya medic or pharmacy je. N jgn 
sesekali anggap bljr farmasi lebih senang drpd medic. Kalau itu tanggapan awak, 
then you are wrong. Bak kata seorg senior yg sdg bljr farmasi, "Awk akn tahu 
betapa susahnya bljr farmasi once you are in this field. Bnyk yg awk kena hafal". 
Apa pun, niat sentiasa kena betul, bnykkn berdoa jgn mudah putus asaKan 
Allah dah janji, 

"...Barangsiapa yang meniti suatu jalan untuk mencari ilmu, maka Allah akan memudahkan untuknya jalan menuju Syurga..." =) 

X kisahlah awk nk jadi doctor ke pharmacist ke, cikgu ke yang penting jadilah seseorang untuk UMMAH! 

"Jadilah seseorang yang mampu membawa Ummah keluar daripada kegelapan. Walau dimana kita berada, biar Islam yang menguasai dunia. Jadilah Hero. Super Hero yang beriman. Walau tanpa sut pintar seperti Hero-Hero kita sekarang." [Nota utk diri]


Being a Pharmacist For Ummah. Insha Allah =)

p/s:  Maaf bg penggunaan 'aku' bagi yang lebih berumur..:) Btw, result iv tu akn keluar next week. n pd 29/7 plak ada iv Pharmacy-Unikl.  Tolong doakan ye. Kalau nak tanya ape2 psl iv td, tanya je. Feel free to ask. Tinggalkan pertanyaan dlm bentuk komen. Insha Allah akn dibalas. Moga Allah Redha. Slmt berjuang untuk UMMAH, sahabat2ku..! =) 

-والله أعلم- *Renung²kan Dan Selamat Beramal..ツ*

Instagram
22:17 | 9 Comment(s)

Saturday 3 May 2014 ,22:17
Bismillahirrahmanirrahim. 

Blog berhabuk. Idea bersarang. Homework berlambak. Buku memanggil. Tapi itu bukan alasan untuk tinggalkan medan dakwah. Okay. Straight to the point!
Kerana sayang? Ya. Kerana sayang kami menegur.

["tak payah nak tegur2 boleh tak? macam lah PERFECT sgt"]

Tettt..Perfect?haihh..Takkan nak tunggu jadi perfect baru boleh tegur kot?

Aku berpegang pada kata-kata Imam Hasan Al- Basri mengenai isu ini.


''Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yang terbaik dalam kalangan kamu. Bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan jadi sikitlah orang yang memberi peringatan.”

Memang tiada istilah perfect dalam diri manusialah. Kalut apa? Allah S.W.T sendiri dah nyatakan dalam Al-Quran yang manusia ni sifatnya memang tak perfect; pelupa, lalai, kurang bersyukur dan banyak lagi.

Aku hairan melihat segelintir manusia yang mudah sgt melenting pabila ditegur. 

Tidak boleh ditegur. Bila ditegur mulalah nak melenting dan mengutuk sedangkan apa yang ditegur mungkin demi kebaikan. Kenapa sukar untuk menerima teguran? Alasannya.."Manusia itu tidak sempurna.." Memang benar. Tapi please refer balik kata-kata imam Hasan Al-Basri di atas. Dan ingat juga kita ni pun bukan sempurna untuk tidak boleh menerima teguran orang. Cubalah berlapang dada dan muhasabah diri kembali. Fikirkan dahulu rasionalnya teguran tersebut sebelum bertindak balas.

Ini tidak. Lepas ditegur, mulalah berkecil hati. Mulalah bersikap dingin dengan si penegur. Hailaa2..-_-' Tak dinafikan, memang SUKAR untuk menerima teguran dan SAKIT bila kena tegur tuh. Mungkin akan ada yang berkata, 'alaaaa..kau tak kena, senang la kau cakap..' Tak.. Diri ini juga pernah merasainya.. and I admit it. SAKIT wooo..Macam kena BAZOOKA kat diri sendiri.. But somehow, terimalah ia dengan hati yang terbuka.

Awak.. Awak pernah dengar tak "MENGECILKAN hati orang adalah berdosa, BERKECIL hati juga adalah berdosa, tetapi lebih besar dosanya jika kita BERKECIL hati.."

Means.. Jika seseorang hina kita, dia berdosa. Jika kita terasa hati dengan penghinaan dia, kita juga berdosa. Tetapi, dosa kita lebih besar daripada dia.

["Aikk..Kenapa plak? Kita x buat apa2 pun.."]

Kerana orang yang menghina kita itu adalah peringatan daripada AllahKenapa kita dihina oleh orang tu? Kerana itu adalah ujian daripada Allah. Kenapa Allah hadiahkan kita ujian itu? Kerana DIA nak mengingatkan diri kita yang dah LEKA sgt dengan dunia. Bila kita berkecil hati dengan orang tersebut, bermakna kita TAK REDHA dengan ujian yang Allah turunkan. Sekali lagi, TAK REDHA!!

Kesimpulannya, kita bukan kecil hati dengan orang, tapi kecil hati dengan Allah. Lagi parah bila kita pun cerita pada kawan2 kita... 'Dia dah banyak buat macam ni, macam tu..' dan sebagainya. Dan kawan-kawan kita pula akan cerita pada kawan-kawan lain... 'Kesian kawan kita tu, budak tu dah banyak sakitkan hati dia..' jadi keredhaan kita terhadap ujian Allah tu akan lesap..

So, jangan mudah terasa hati dengan setiap teguran yang diterima.. Kalau kita terasa hati, Maknanya kita tak redha dengan takdir Allah. Nanti Allah pun tak redha dengan kita... Na'uzubillahiminzalik..

Tabarakallah.. 

Adakalanya kita yang hanya insan ni lebih cepat terasa..sikit2 nak terasa asbab dari perbuatan orang pada kita..sedar x sedar, mereka yang hadir itupun dengan izin Allah. Allah nak uji kita... Allah nak tegur dan beri peringatan pada kita... kalau nak ikutkan 'TERASA' mungkin Allah lagi banyak terasa dengan kita asbab perilaku kita yang teruk.. tapi Allah masih nak bagi peringatan pada kita supaya kita sedar dan masih bagi kita pelbagai nikmat...Allahu..='(


Berlapang dada dan terimalah apabila kena tegur. Even Saidina Umar pown pernah kena tegur. Tapi apa yg beliau lakukan? Mehh.. Baca nih. Suatu hari, seorang peminum arak menegur sesuatu kepada Saidina Umar dan khalifah dengan berlapang dada menerima teguran itu.

Orang yang melihat keadaan itu berasa pelik dan hairan lalu bertanya kepada Khalifah: “Wahai Amirul Mukminin, kenapakah tuan menerima teguran dia, sedangkan dia peminum arak? Saidina Umar menjawab: "Ya, dia berdosa kerana meminum arak tetapi tegurannya kepadaku adalah benar.”

See? 'BERLAPANG DADA MENERIMA TEGURAN' Yes. That's the keyword. 

And again! Awat anti sgt dengan teguran nih. Kenapa? Tak boleh menegur ke? Dosa?

Rasulullah SAW bersabda: “Tiga perbuatan yang sangat baik, iaitu berzikir kepada Allah SWT dalam segala situasi, saling menyedarkan antara satu sama lain dan mengasihi saudaranya (yang memerlukan).” (Riwayat al-Dailami)  


Kenapa perlu menegur? Kerana teguran itu amat perlu untuk menyedarkan kita tentang apa yang sudah diperbuat. Yang silap ditegur, secara berhemah. Bukan bertumbuk, bertampar, menengking & etc. Sabda Rasulullah S.A.W: Seorang yang beriman itu adalah cermin bagi saudaranya. Menegur kerana sayangkan awk, tak sanggup biarkan awk accumulate dosa. Dan sudah pastinya menegur itu untuk ingatkan diri si penegur juga.

Kerana telinga yang paling dekat dengan mulut yang berkata-kata adalah telinga sendiri.!

Teringat kata seorang ustaz, "Hakikatnya, memang ada yang tidak suka kepada teguran kerana dalam diri manusia itu memiliki benih kesombongan dan keangkuhan. Biasanya manusia yang merendah diri dan mengakui kelemahan diri lebih mudah menerima teguran."

Kenapa terlalu ego, sombong? Tak boleh terima? Nak tunggu sampai turun ayat Al-Quran untuk menegur kita? Contoh: Wahai Si Fulan, berhentilah kamu daripada berzina, merokok & etc Macam tuh? Awak sendiri pun sedar dan akui tentang kesilapan awak. Kerana awk layak ditegurlah awk ditegur! Kerana awk disayangi dan saudara yang menegur mahukan yang terbaik untuk awk. Bersyukurlah bila masih ada yang menegur, maknanya apa yang kita buat masih dalam pandangan mata kasar orang lain, dan menegur kerana apa yang dibuat dilihat tidak manis.

Alhamdulillah, masih ada yang prihatin.


"Beruntunglah mereka yang ditegur demi kebaikan yang tidak mereka sedar. Allah telah menghantar seseorang untuk menegur. Jika dia menerima teguran dengan hati yang redha dan bersangka baik, maka Allah akan lapangkan dadanya dan memasukkan taufiq dan hidayahNya. InsyaAllah..

Adapun, jika dia berpaling dari teguran dan kemudian memarahi orang yang menegurnya, dikhuatiri Allah menggelapkan hatinya yang semakin/ sudah mati.

Nauzubillahiminzalik...




Dan pesanan buat para penegur, please.. Refer balik adab menegur yang dianjurkan dalam Islam; bijaksana, lemah lembut dan berstrategi

Sesiapa antara kamu yang melihat satu kemungkaran, maka ubahlah ia dengan tangan, sekiranya tidak mampu maka ubahlah dengan lidah, sekiranya tidak mampu ubahlah dengan hati (membenci kemungkaran tersebut) dan itu selemah-lemah iman.” (hadis Muslim)

Kalau hangpa mampu nak tegur dengan lidah (bicara), tegurlah. Yang penting, kena berhikmah

Tapi, jangan sampai memalukan yang ditegur. Jangan tegur dia depan orang ramai. Itu bukan menegur namanya. Tapi membuka aib dia. 

Kita tegur orang, motifnya bukan untuk memalukan apatah lagi menjatuhkan. "Sometimes it’s not about what we say but how we say it."

Memaki hamun orang. Mengherdik. Mencaci. and at the end, you said you are DA'IE.. DAIE ke tu?tetttt...Sorry to say. Tepuk dada tanya IMAN.!


Golongan pendakwah hari ini pantas mengaku mereka adalah pewaris sunnah nabi. Hakikatnya mereka tidak begitu. Dakwah mereka kasar dan melukakan hati. Mereka tidak boleh diteguri. Merasa sentiasa benar. Orang lain semuanya masuk neraka. Hanya kelompok mereka yang dijamin syurga.  Allah ya Allah.. Itu bukan akhlak nabi dalam berdakwah.
Nabi tidak membuang pesalah sebaliknya mendekati. Nabi kasihkan orang yang ingin berubah bukan membenci. Nabi tidak melangkaui kerja tuhan. Menentukan siapa syurga siapa neraka.
Saya dan kita berlindung dengan Allah daripada bersikap begitu. Kita mahu mengajak manusia seperti yang dianjurkan Allah dalam firmanNya.
“Serulah (manusia) kepada jalan Tuhan-mu dengan hikmah dan pelajaran yang baik dan bantahlah mereka dengan cara yang baik. Sesungguhnya Tuhanmu dialah yang lebih mengetahui tentang siapa yang tersesat dari jalan-Nya dan dialah yang lebih mengetahui orang-orang yang mendapat petunjuk.” Terjemahan surah An-Nahl ayat 25.


Bila jadi daie, bila kita tegur orang, itu bukan bermaksud kita ini perfect. Never! 

Itu bukan aim kita berdakwah. Kita berdakwah, menyambung perjuangan Rasulullah dalam menyebar risalah suci. Bukan sebab nak nampak perfect. 

Kita, khalifah! Kita, daie! Kita hamba! 

Bila kita tegur orang, macam-macam respon yang kita dapat. 

["Kau bising kenapa. Mak bapak aku tak bising pun".]

["Suka hatilah. Nak buat maksiat ke dosa ke. Kubur masing-masinglah, kawan!".]

["Kau tak payah nak bajet alimlah! Macamlah kau tak pernah buat dosa".] 

Dan macam-macam lagi. Tak terdaya jariku nak list satu-satu. 

Aku sarankan, baca Surah Al-A'raf ayat 164.

Jawapannya ada di situ. Mungkin mereka akan anggap kita ni menyibuk tentang hidup mereka. Sehingga cacian yang dilontarkan itu menguji iman di dada. 

Tapi, itulah tugas kita. Khalifah. Dakwah. Amar ma'ruf nahi mungkar.

Apa juga yang kita lakukan berkaitan lidah, harus berhati-hati tidak kiralah sama ada ia teguran atau pujian kerana setiap yang diperkatakan akan dihitung di akhirat kelak.

Jadilah daie yang berhikmah. Contohi cara Rasulullah berdakwah. 

Jadilah daie yang Allah redha. Ikhlaskan hati bila berdakwah. 

Bukan kerana title 'daie' semata. 

Cek niat. Lillahita'ala. 

❤ Boleh tegur. Tapi jangan menghukum. Boleh nasihat. Tapi jangan menghina. Boleh tarbiyah. Tapi jgn sampai rosak ukhuwah.

Dan kamu. ye kamuu..! Kerana sayang aku menegur. Kerana rindu, aku mendoakan. 
langit kita sama. tiada beza. saya hamba. anda hamba. hamba Sang Pencipta. setinggi mana kita. serendah mana kita. kita tetap sama. kita tetap hamba.
hamba kepada Sang Pencipta, Allah Ta'ala. (naqib saad)
___________________________________________________________________
“Tulislah yang baik-baik walaupun diri belum baik. Sekurang-kurangnya, itu sudah menyelamatkan kita daripada menulis yang buruk-buruk"

##Apa yang saya tulis ni bukan bermakna saya sudah sempurna dalam menegur atau apa pun, diri ini masih lagi jahil, namun ianya sekadar peringatan bersama.. Tegurlah saya tatkala saya juga turut hanyut dalam duniawi##
:')
___________________________________________________
Pssssst pssstt!
Kadang-kadang nasihat yang paling baik itu boleh datang dalam bentuk sekuntum senyuman. ^__________^

p/s: maaf andai ada salah dan silap. Salam mahabbah dari hamba Tuhan ♥ 

-والله أعلم- *Renung²kan Dan Selamat Beramal..ツ*

Instagram