Status
We struggle to find someone that understands us but we forgot that Allah is always there to listen and understand us. Right? Right. =')
►..MeNiTi KeHiDuPan KeranaNya..◄: Tersenyum Melihat Langit..=)

Entry About Shout Friends Follow Dashboard


  • Assalamualaikum..ツ Ahlan Wasahlan.. !


Coretan Hati

The Author



Sila Tinggalkan Jejak Anda Di sini

Pena Tintaku

Popular Posts

Contact Me

credits
20:01 | 0 Comment(s)

Friday 20 December 2013 ,20:01



 photo 8601145666_802db36f66_o_zps52614722.jpg
Saya suka tengok langit. Saya suka pandang langit. Langit yang terbentang luas. Cantik kan? 

Subhanallah.! =) 

Saya sangat suka melihat langit.! Awak tahu kenapa? Walaupun ia selalu berubah-ubah bentuk dan warna, tetapi ia tetap setia pada cinta yang satu. Walaupun ke mana ia pergi, semuanya mengingatkan saya tentang satu cinta, iaitu Cinta Rabb Teragung. Satu pelajaran untuk saya sebagai hamba. 

Langit juga memberikan teduhan paling nyaman. Sangat nyaman! Dan.. tentunya, kuasa meneduhkan itu.. datangnya dari DIA, punca segala CINTA, sumber segala KASIH SAYANG.. ~Tenang~ 

Melihat  ciptaan  Allah  Azza Wajalla yang  cukup  sempurna  dan  indah, sekali  gus  menzahirkan  rasa  kesyukuran  dalam  hati. Allah  bagi  nikmat  mata  ini  untuk menikmati  keindahan alamNYA. =D Alhamdulillah!

Sebenarnya sudah  menjadi kewajipan  kita  untuk mempercayai  bahawa  Allah  itu  Maha  Berkuasa. Tidak  lemah  untuk  melakukan apa  juapun  dan  tidak  bersifat  kekurangan.  Kekuasaan  Allah  itu  berlaku  di  dalam  semua  keadaan  sama  ada  untuk  menjadikan  sesuatu  itu  atau  mentiadakannya.  
Firman  Allah  S.W.T :

"Sesungguhnya  Kami  telah  menciptakan  langit  dan  bumi  dan  apa  yang  ada  di  antara  kedua-duanya  dalam  masa  enam  hari  dan  Kami  tidak  merasakan  keletihan  sedikitpun."  (Surah  Qaf :  38)


Subhanallah,
Alhamdulillah,
Allahuakhbar!




Langit itu penuh dengan hikmah yang tidak boleh kita pandang sepi. Setiap kali mendongak ke langit, rasa diri ini kerdil, lemah dan tidak berdaya. Setiap kali mendongak ke langit, rasa kehebatan dan keutuhan ciptaan Allah SWT. Allah yang menciptakan langit tanpa tiang mahupun paksi.

Langit yang pada waktu malamnya dihiasi pula dengan bintang2 bergemerlapan. Sungguh indah! Ditambah lagi sinar rembulan yang memukau. Subhanallah! ^_^ Langit bercahaya ciptaan Allah yang sangat menakjubkan.

Kadang-kala apabila mendongak ke langit, rasa diri ini terangkat mahu terbang di angkasa! Kadang2, ada juga perasaan mahu terbang terus ke syurga! =)

Sungguh besar hikmah yang ada pada langit. Jangan bosan mendongak ke langit kerana di situ ada seribu satu rahsia yang tidak akan termampu kita terokainya.


"Actually, when we look at nature, we will discover many things. The meaning of beauty.. The delicate balance of life.. and THE MERCY OF ALLAH S.W.T. !!" =)



Langit.. 
Tidak selalu cerah, sesekali mendung juga. 

Supaya kita tahu, cinta Allah itu bagai langit yang tidak sentiasa cerah, sesekali mendung namun tetap tidak kehilangan pesona dan yang paling penting, setiap kali kita mendongak, ia selalu ada. =') Selalu!!

"Langit memang tak selalunya cerah.. Kadang-kadang awan mendung yang meliputi suasana menjadikan alam ini tiba2 gelap.. Namun lambat laun pasti awan mendung itu akan berlalu pergi.. Bahkan sinar mentari akan terbit menerangi kegelapan dengan begitu bersinar dan ceria sekali.. " 

Begitulah kehidupan..

"Asal saja kita tahu redha dan tahu bersyukur atas apa saja ujian yang Allah titipkan.."

Saat melihat langit
Teringin sekali memilikinya
menggapai langit yang tujuh
tapi, sedar segalanya dengan izin Tuhan.
dari sisi lemah, aku hanya mampu berharap.
dan angan setinggi awan..
dalam bisikan doa kudusku.
Waima tak setaat lautan memuji Tuhan.
biar tutur bicara itu tersusun rapi,
yang akan dipersembahkan pada Rabbi
tatkala diri sudah tidak mampu lagi berusaha.
hanya untaian doa melambung tinggi


Senyum..=)

Melihat ujian yang datang
melihatnya dari kacamata seorang hamba

Tidaklah aku melihat sesuatu itu melainkan aku melihat Allah dalam sesuatu itu..”

Dan lantas mendongak ke atas
Melihatnya langit dengan pandangan bertuhan.

“ Ya Allah, tidaklah Engkau menjadikan semua benda ini dengan sia-sia.. Maha suci Engkau, lindungilah kami dari api neraka..”

Hidup yang dirundung masalah ibarat langit malam yang kelam. Hadapi saja dengan Redha, kerana esok masih ada cahaya. Siapa tahu, Pelangi turut kunjung tiba. :)

Lihat langit dan Tersenyumlah.
____________________________________________________________________________
p/s: Hiba, lelah, rebah dan putus asa adalah salah satu bentuk ujian. Yang meminta perhatian untuk kita kembali kepada Penciptanya. Dan itu yang mendewasakan kita sebenarnya! =')


-والله أعلم- *Renung²kan Dan Selamat Beramal..ツ*

Instagram

0 Comments:


Post a Comment