Status
We struggle to find someone that understands us but we forgot that Allah is always there to listen and understand us. Right? Right. =')
►..MeNiTi KeHiDuPan KeranaNya..◄: Cinta Si Enta wa Enti..=_='

Entry About Shout Friends Follow Dashboard


  • Assalamualaikum..ツ Ahlan Wasahlan.. !


Coretan Hati

The Author



Sila Tinggalkan Jejak Anda Di sini

Pena Tintaku

Popular Posts

Contact Me

credits
23:14 | 0 Comment(s)

Thursday 4 July 2013 ,23:14


Akh X, ana dah berubah untuk enta ni, enta tak suka ke?

Ukht Y, ana dah ikut nasihat enti solat jemaah dekat masjid ni, kenapa enti tak layan ana pun?

Akh X, ana dah bakar semua tudung-tudung sengkat ana, beli tudung akel pakai labuh-labuh, enta tak nak terima ana lagi ke?

Ukht Y, ana ajak enti pergi McDonald bukan nak buat apa pun, jum la kita pergi taddabur Quran sama-sama

Akh X, ana ajak enta pergi riadah sama-sama, jadi Individu Muslim yang sihat tubuh badan, tuntutan tarbiyah tu, kenapa enta enggan je?

Akhhhhhh X ……
Ukhtttttttt Y……

Seiring dan sejalan,
lalalalalala...~
 =_='

-------------------------


 “Akh X, bukankah Allah jadikan kita laki dan perempuan untuk berkenal-kenalan, berta’aruf, kenapa enta tak nak kenal-kenal dengan ana? Kenapa? Kenapa?

“Ukht Y, kenapa enti tak suka ana? Boleh jadi apa yang kamu suka itu tidak baik bagimu dan apa yang kamu tidak suka itu baik bagi kamu, bukankah Allah dah berfirman macam tu ? Kenapa? Kenapaaaaa...??”

-----------------------

Muntah.

Muntah lagi.
lalalalala...


Ukhti,

Benar, dalam firman tadi Allah bagitahu;


"Wahai manusia! Sungguh, Kami telah menciptakan kamu dari seorang lelaki dan seorang perempuan, kemudian Kami jadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku agar kamu saling mengenal…."

Tapi enti baca tak habis, selalu baca tak habis. Sebab tu la ana nak nasihatkan enti, bila baca al-Quran, jangan waqof (berhenti) ikut suka hati saje. Ni la akibatnya enti. Allah sambung selepas tu,

"Sungguh, yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang PALING BERTAQWA.

Sungguh, Allah Maha Mengetahui, Maha Teliti" (Al-Hujurat: 13)

Berkenalan, bertaqwa, macam mana tu?

Bila kita berkenal-kenal dengan orang yang berilmu, kita sedikit sebanyak dapat cedok ilmu mereka. Di situ, lahir iman kemudian taqwa.

Bila kita kenal-kenal dengan orang yang jahil, tidak berilmu, kita belajar sesuatu daripada mereka, yakni jangan jadi jahil. Kemudian kita termotivasi untuk perbaiki diri, tuntut ilmu dan beramal dengan ilmu kita, di situ akan lahir ketaqwaan.

Bila kita jumpa pelbagai jenis orang, semua tak sama. Warna kulit lain, bahasa percakapan lain, rambut kaler lain, susunan gigi lain, lokasi tahi lalat lain, saiz ibu jari lain-lain, ketebalan bulu kening lain, kita sedar akan kekuasaan Allah, kehebatan Allah mencipta sebagai Khalik. Di situ, iman kita meningkat, kemudian lahirlah ketaqwaan.

Macam tu. 

Kita jangan menyusahkan apa yg dimudahkan dalam agama.. Jangan memahami hadis dan ayat al-Quran mengikut selera kita, ukhti.. Tak semestinya apa yg logik bagi kita, maka ianya adalah kehendak agama.. dan begitu juga sebaliknya..

Untuk apa Allah seru kita berkenal kenalan? Untuk bertaqwa ukhti. Tapi benarkah kita benar-benar mengejar ketaqwaan? Atau kita berlari-lari di atas padang nafsu berumputkan jahiliyyah? Seiring dan sejalan? Kita riadah ke, lompat bintang ke, lompat gitar ke, lompat belimbing bersama-sama ke, betulkah niat kita untuk membentuk Qawiul Jismi (Sihat tubuh badan) atau kita mencari cari kesempatan dan ‘rezeki’ untuk mencuci mata?

Kita keluar bersama-sama, belajar bersama-sama, taddabur sama-sama, Waah, so shweett.!! Tapi ukhti, Islam tidak akan berdiri atas asas jahiliyah. Cara kita tu, tak kena. Apa yang tak kena? Ukhti, perhubungan yang belum halal itu hanya menjerumus ke lembah dosa dan zina sahaja. Jika mampu bertahan ke jinjang pelamin sekalipun, percayalah bahawa rumah tangga itu takkan berkat. 

Apa tidaknya, asasnya dibina daripada dosa dan maksiat. Mana mungkin dapat menegakkan tiang taqwa yang utuh kecuali dinaik taraf dengan taubat. Rumah tangga akan menjadi tawar dan hambar. Semuanya dah dirasa dan terbiasa, nak rasa nikmatnya apa lagi? Anak-anak menjadi mangsa. Terimalah ia sebagai hukuman di dunia. Amat pedih. Namun, terlalu sedikit berbanding pedihnya hukuman abadi di negeri sana.


Apabila dirimu meminati seseorang, bermohonlah kepada Allah SWT agar hatinya akan kamu miliki. Jika kamu sangat menginginkannya dengan sebenar-benar keinginan, maka bermohonlah dengan sebenar-benar pengharapan..

Jangan sesekali kamu merayu pada si dia, kerana bicaranya mungkin akan membuatkan kamu terluka. Apabila hati dipersenda, pasti sebuah kekecewaan akan menerpa..=')

Namun, jika dirimu memohon terus kepada Allah, Penciptanya, Dua kemungkinan sedia menanti kamu, iaitu..
 dirimu mendapatkan hatinya atau
 kamu akan mendapat seseorang yang lebih baik darinya…^^,



Akhi,

Betul, Allah ada berfirman;

Diwajibkan ke atas kamu berperang padahal itu tidak menyenangkan bagi kamu. Tetapi boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu padahal ianya baik bagi kamu

boleh jadi kamu menyukai sesuatu padahal itu tidak baik bagi kamu. Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui (Al-Baqarah :216)

Tapi akhi, enta pun tak tahu apakah keinginan enta tu baik. Apakah perhubungan kita ini baik. Kerana Allah sahaja yang tahu. Boleh jadi keinginan itu keinginan syahwat semata.
Sebab tu akhi, Allah suruh kita berperang, perang nafsu kita.

Lagi satu, first thing firstUtamakn yg lebih penting daripada apa yg penting. Kenali prioriti enta skrg. Jika cita-cita adalah perkara yang lebih penting buat enta, maka gapailah cita-cita itu terdahulu. Tetapi jika memang urusan jodoh itu mesti lebih diutamakan, maka go on. Teruskan berusaha.! Tapi ingat, usaha yg Allah redha shj. Bagaimana? Dgn SMS siang malam? Atau bergayut di telefon memanjang? Rindu merindui? Atau ajak keluar, study sama2, belanja makan? Begitukah? 


الغاية لا تُبرر الوسيلة
“al-ghoyah la tubarriru al-wasilah”
(Matlamat Tidak Menghalalkan Cara)

~> Jika benar kamu mencintainya kerana Allah, kamu tidak akan mengajaknya BERCOUPLE..tetapi mula BERFIKIR DAN BERGERAK ke arah PERNIKAHAN..
~> Jika memang kamu mencintainya, maka kamu akan melamarnya atau kamu mencintainya DALAM DIAM, tidak mengganggu KESUCIAN HATINYA..
~> Jika benar kamu mencintainya, kamu tidak akan mengajak dia ke arah hubungan yang SALAH, MENDEKATI ZINA, MAKSIAT..

Barulah cinta kalian itu SEMPURNA, cinta KERANA ALLAH..^^,

Siapa yang berkata MENCINTAI PASANGANNYA, tetapi dia TIDAK MENJAGA pasangannya dari NERAKA ALLAH..maka dia telah BERBOHONG DENGAN CINTANYA.. 



-----------------------


“Siapa kata, tidak couple maka tidak kenal. Kami dulu tidak couple, tetapi sebelum nikah kami kenal. Kenal yang bagaimana?
“Dengan sekeping biodata Dr Farhan Hadi (Suami beliau), akak dapat tahu dia ini anak siapa, asal mana, course apa, universiti apa, minat apa, suka makan apa, visi misi hidup dia, semua ada dalam pada bioadata tersebut. Dalam masa 1 minit sahaja, akak dapat kenal dia” (Fatimah Syarha)

Betul lah kata Imam Hassan Al-Banna: “Kalau kamu berkawan-kawan 20 tahun sekalipun, kamu tidak akan kenal dia. Yang kamu kenal adalah lakonannya..”

**Maka, adalah lebih baik, bersegeralah dalam bernikah dengan pasangan untuk tujuan berkenalan dengan sebenar-benarnya..**

Beringatlah, urusan jodoh tidak ke mana. Sudah sedia tercatat seungkap nama di Luh Mahfuz utk kita. Ianya urusan yg pasti. Apa yg tak pasti, sama ada kita mendapatkannya cara mulia atau sebaliknya.

Tentu kisah Fatimah dan Saidina Ali bin Abi Talib diingini oleh hati kita. Tapi sanggupkah jika semuanya berakhir seperti sejarah cinta Salman Al Farisi..??


Udah udah la ikhwah akhawat, 

 Kata da’ie ? 
 ilaLlah ke ila apa?

p/s: ~maaf jika ada yang terasa.. sekadar peringatan bersama.. Moga Allah terus menerus memberi hidayah dan rahmatNya kepada kita semua..Ameen..~


-والله أعلم- *Renung²kan Dan Selamat Beramal..ツ*

Instagram

0 Comments:


Post a Comment