Status
We struggle to find someone that understands us but we forgot that Allah is always there to listen and understand us. Right? Right. =')
►..MeNiTi KeHiDuPan KeranaNya..◄: Jagalah Lidahmu..!!

Entry About Shout Friends Follow Dashboard


  • Assalamualaikum..ツ Ahlan Wasahlan.. !


Coretan Hati

The Author



Sila Tinggalkan Jejak Anda Di sini

Pena Tintaku

Popular Posts

Contact Me

credits
20:28 | 0 Comment(s)

Tuesday, 22 November 2011 ,20:28


Lidah adalah anggota yang paling liar dan melampaui batas kejahatan yang banyak menimbulkan kerosakan dan permusuhan antara manusia. Maka tak hairanlah Imam Al-Ghazali banyak membincangkan tentang lidah dengan panjang lebar tidak sebagaimana mata dan telinga. Bermakna kita juga pun kena beri lebih perhatian kepada lidah.

KATA Imam al-Ghazali, lidah antara nikmat Allah SWT yang besar dan antara ciptaan Tuhan yang amat halus dan ganjil. Lidah mempunyai bentuk yang indah, kecil dan menarik.
Selanjutnya Imam al-Ghazali berkata: “Keimanan dan kekufuran seseorang tiada terang dan jelas, selain dengan kesaksian lidah. Lidah mempunyai ketaatan yang besar dan mempunyai dosa besar pula. Anggota tubuh yang paling derhaka kepada manusia ialah lidah. Sesungguhnya lidah alat perangkap syaitan yang paling jitu untuk menjerumuskan manusia.”
Apa yang kita cakap akan jatuh ke dalam hati seseorang seperti jatuhnya makanan ke dalam perut. Sebahagiannya memberi mudarat, ada yang memberi manfaat, ada juga yang menjadi makanan, dan ada juga yang menjadi racun. Tapi percakapan yang jatuh ke dalam hati lebih daripada makanan yang jatuh ke dalam perut.
Makanan yang kita makan sekejap sahaja akan hilang & tak akan kekal lama. Sebaliknya percakapan akan sentiasa melekat di hati, dan mungkin akan kekal hingga ke akhir hayat sebab benda tu susah nak dipadam & dilupakan. Memang kelaziman manusia. Bila perkara yang didengarnya baik, ia akan kenang dan bila perkara yang didengarnya tak baik or menyakitkan hati, terngiang-ngianglah selalu kat telinga. 
Oleh itu, jagalah percakapanmu. Fikir dahulu sebelum bercakapKita gunakan lidah untuk bercakap sesuatu yang baik. Kalau bercakap sekadar untuk menunjukkan ego yang tinggi & menyakiti hati orang lain lebih baik diam. Itu lebih memberi manfaat kepada kita daripada bercakap untuk mendatangkan dosa. Sesungguhnya orang beriman tidak bercakap perkara yang sia-sia dan tidak berfaedah.
Daripada Abu Hurairah diriwayatkan Nabi Muhammad SAW bersabda yang maksudnya: “Siapa beriman kepada Allah dan hari akhirat, maka hendaklah ia berkata yang baik atau ia diam.” (Hadis riwayat Imam Bukhari dan Muslim)

Seorang lelaki pernah bertanya kepada Umar Abd al-Aziz: "Ketika bilakah aku perlu bercakap?" Jawab umar, "Ketika kau ingin diam". Seterusnya ditanya lagi: "Bilakah pula aku perlu diam?" Jawab Umar lagi, "Ketika kau ingin bercakap".

Apabila kita bercakap semasa ingin diam, secara tak langsung kita tak akan banyak bercakap. Begitulah dalam keadaan kita ingin diam, kita akan bercakap sekadar keperluan sahaja.
Dalam hadis lain, Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya: “Sesungguhnya Allah benci kepada orang yang jelik budi pekertinya serta kotor lidahnya.” (Hadis riwayat Imam Tirmidzi)
Sebenarnya kita dapat mengenal peribadi seseorang daripada percakapannya. Orang yang tinggi akhlak selalunya bercakap hal yang baik, tidak menyakiti hati orang lain, tidak mengucapkan perkataan kotor dan tidak banyak bercakap. Mereka mengawal lidah sebaik-baiknya.
Dalam hadis yang diriwayatkan Tirmidzi dan Ibnu Majah, Abu Hurairah menceritakan apabila Rasulullah SAW ditanya sebab terbesar yang membawa seseorang masuk syurga, Rasulullah menjawab: “Takwa kepada Allah dan akhlak yang baik.” Apabila ditanya pula sebab terbesar yang membawa manusia masuk neraka, maka Rasulullah menjawab, “Dua rongga badan iaitu mulut dan kemaluan.”
Kata ibarat pedang yang tajamnya bisa membunuh lawan..
Kata-kata yang berhikmah menyedarkan kita..


Terlajak perahu masih boleh diundur lagi, terlajak kata buruk padahnya..
Terlajak perahu masih boleh diundur lagi, terlajak kata hilang percaya..

-والله أعلم- *Renung²kan Dan Selamat Beramal..ツ*

Instagram

0 Comments:


Post a Comment